Pereka Fesyen Ternama Penuhi Front Row Victoria’s Secret 2016!

Berita

Pereka Fesyen Ternama Penuhi Front Row Victoria’s Secret 2016!

42

Where else would they be seated, right?

 

Olivier Rousteing bergambar dengan teman

 

Di mana lagi duduknya pereka fesyen bertaraf antarabangsa jika bukan di barisan pertama di pertunjukan fesyen? Situasi itu dapat dilihat ketika berlangsungnya pertunjukan fesyen Victoria’s Secret 2016 baru-baru ini. Everyone who’s anyone was there!

 

Dari Clare Waight Keller dan Haider Ackermann, masing-masing pengarah kreatif di Chloé dan Berluti, hinggakan ke Julie de Libran dan Peter Dundas menjadi penghuni front row ketika pertunjukan fesyen yang dinanti-nantikan ramai itu! Bukan mereka sahaja pereka fesyen yang hadir ke acara di Grand Palais itu: kelibat Riccardo Tisci, Giambattista Valli dan Olivier Rousteing juga dapat dilihat! Pereka fesyen yang mengihamkan busana dipakai Lady Gaga sewaktu persembahannya, Azzedine Alaïa turut hadir menyerikan acara fesyen tergempar tahun ini.

 

Grand Palais

 

“Dunia ini [pertunjukan fesyen Victoria’s Secret terebut] terlalu jauh dari apa yang menjadi kebiasaan kepada saya. Tetapi ia hiburan. Dan ia juga tentang kecantikan, dan menyambut wanita secara keseluruhannya”, kata Haider Ackermann kepada majalh Vogue.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

Your email address will not be published. Required fields are marked *