Punca Perceraian Janet Jackson dan Gambar Pertama Eissa Al Mana

Berita

Punca Perceraian Janet Jackson dan Gambar Pertama Eissa Al Mana

172

Buat pertama kalinya penyanyi pop Janet Jackson berkongsi sekeping foto bersama cahaya mata sulungnya Eissa Al Mana bersama bekas suaminya Wissam Al Mana pada Instagramnya selepas berita penceraian mereka diumumkan.

 

Ini juga merupakan foto pertama peribadi yang dikongsikan Jackson semenjak dia berkahwin dengan Al Mana secara senyap pada tahun 2012.

 

My baby and me after nap time.

A post shared by Janet Jackson (@janetjackson) on

Jackson di dalam gambar tersebut boleh dilihat sedang mendakap Eissa (3 bulan) dengan erat selepas ‘nap time’ mereka.

 

Jackson dan Al Mana membuat keputusan untuk berpisah hanya 3 bulan selepas kelahiran Eissa dan punca utama perpisahan pasangan ini adalah gaya hidup mereka yang terlalu berbeza mengikut satu sumber yang rapat dengan mereka.

 

Al Mana mahukan seorang isteri yang lebih mengikut adat-adat seorang Muslim dan Jackson yang lazim dikenali dengan gaya dan persembahan pentasnya yang menghairahkan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup baru ini.

 

“Sebelum Eissa dilahirkan lagi mereka sering bercanggah pendapat. Dia tidak boleh menjadi apa yang Al Mana mahukan. Janet mahukan lebih kebebasan,” nyata sumber tersebut lagi.

Your email address will not be published. Required fields are marked *