Karlie Kloss Sebagai Good Girl Terbaru Carolina Herrera

Cantik

Karlie Kloss Sebagai Good Girl Terbaru Carolina Herrera

230

Model, usahawan, juruprogram komputer, dan dermawan adalah antara beberapa cara dunia mengenali Karlie Kloss. Terkenal sebagai model Victoria’s Secret yang tinggi lampai dan minatnya terhadap pengkodan, Kloss kini menambah Good Girl ke dalam portfolionya.

Memulakan kariernya sebagai seorang model pada tahun 2005, Kloss telah membawa namanya ke persada dunia dengan penampilannya atas pentas peragaan antarabangsa seperti Calvin Klein, Oscar de la Renta, Gucci, Valentino, Victoria’s Secret dan Carolina Herrera.

 

Selain terkenal dengan kecantikannya, Kloss juga terkenal sebagai seorang yang berhati mulia. Melalui minatnya terhadap pengkodan komputer, Kloss telah memulakan program “Kode With Karlie” yang menawarkan biasiswa kepada gadis-gadis serata Amerika.

 

Selari dengan prinsip dan pegangan Carolina Herrera sebagai sebuah jenama, Kloss mewakili setiap perkara yang Carolina Herrera memperjuangkan. Lantas memudahkan usaha mereka untuk menamakan Kloss sebagai GOOD GIRL terbaru mereka.

Apakah pengajaran yang anda boleh ambil daripada penglibatan anda dalam fesyen dan modelling?

Perjalanan 10 tahun ini merupakan satu kembara yang menakjubkan. Saya telah banyak mempelajari daripada perjalanan saya, pasukan-pasukan yang saya pernah bekerjasama dan juga industri yang sangat kreatif ini. Ia merupakan satu pengalaman yang telah membuka mata saya bahawa jika anda seronok dengan kerja anda, ia tidak bermakna anda tidak mengambil kerja anda dengan serius.

Selain model dan kerja-kerja amal, anda juga kembali ke Univertisi New York untuk menyambung pengajian, apa yang membuatkan anda ingin menyambung pengajian dalam sains komputer dan jurutera perisian?

Selepas tamat sekolah, saya memberi fokus sepenuhnya kepada kerajaya sebagai model. Saya sering ke luar negara dan pada satu tahap dalam kerjaya saya, saya merasakan saya tidak meluangkan banyak masa untuk diri saya dan juga pendidikan saya. Saya cintakna fesyen tetapi saya juga seorang nerd. Saya memang mencintai sains dan ingin memahami bagaiman sesuatu perkara itu berfungsi. Saya bertemu dengan seorang individu yang mengajar pengkodan sewaktu saya menghadiri kelas pengkodan saya buat pertama kali. Saya sedang mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari, cabaran yang baru untuk membuktikan yang saya berkemampuan. Saya tidak memilih pengkodan dengan apa-apa persepsi pun tetapi ia telah membuka pintu yang baru dan menunjukkan kehebatan  pengkodanyang juga memberi inspirasi bagi saya untuk memulakan Kode With Kloss setahun kemudian.

 

Anda  ditemui pada usia yang amat muda dan adakah anda berimpian untuk menjadi seorang model dari kecil lagi? Apakah cita-cita anda?

Saya tidak pernah terfikir untuk bekerja sebagai seorang model, malah saya tidak tahu akan kewujudan kerjaya itu! Saya mengenali Naoi Campbell, Claudia Schiffer, dan Christy Turlington, tetapi saya merasakan ia hanya angan-angan sahaja. Tetapi sebaik sahaj saya memulakan kerjaya sebagai seorang model, saya mula berminat! Saya berusia 15 tahun pada tahun 2008 dan saya telah menerima tawaran untuk Minggu Fesyen New York.

Anda kini seorang Good Girl. Apakah definisi Good Girl bagi anda?

Menjadi seorang “Good Girl” saya rasa anda harus yakin dan percaya pada diri anda sendiri.

Anda sudah bekerjasama dengan Carolina Herrera untuk tempoh waktu yang lama dan kini sudah menjadi sebahagian daripada kelaurga Herrera; anda juga meraikan ulangtahun ke 35 Carolina Herrera pada tahun 2016. Bolehkah anda huraikan Carolina Herrera dan Carolina Herrera de Baez dan apa erti mereka pada diri anda?

Saya merasa bangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Carolina Herrera sebagai seorang individu dan juga jenama. Ia merupakan satu inspirasi yang hebat. Saya mengagumi stail dan integriti rekaan Carolina Herrera. Dia mengekalkan prinsip Carolina Herrera sebagai sebuah jenama. Ia merupakan satu perkara yang amat hebat. Carolina Herrera de Baez merupakaan seorang individu yang profesional dan bekerja keras, seperti ibunya. Dia juga merupakan seorang yang berbakat dan berbudi pekerti.

 

Good Girls Territory adalah di New York. Bagaimana anda mengaitkan diri anda dengan New York? Apakah perkara/tempat kegemaran anda di New York?

New York is electric. Ada sesuata perkara yang tidak dapat diterangkan tentang kota inidan tidak dapat dijumpai di kota-kota lain. Saya suka mengembara dan menjumpai sesuati yang baru, perkara-perkara yang saya tidak sedari sebelum ini. Pati ada restoran baru untuk dicuba, pameran untuk dilawati, dan orang-orang untuk dijumpai. New York ibarat rumah saya.

Apabila anda menghidu bau wangian ini, apa yang anda fikirkan?

Wangian ini memberikan saya kekuatan, tenaga, keberanian yang feminin, seksi, dan sofistikasi. Aroma GOOD GIRL pastinya mengubah persepsi anda terhadap diri sendiri.

Your email address will not be published. Required fields are marked *