Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua

Cantik

Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua

1613

Majlis perkahwinan yang indah dan sempurna adalah impian setiap wanita kerana ia akan menjadi kenangan seumur hidup. Selain persiapan kenduri, kulit wajah juga memerlukan persiapan yang rapi.

Wajah yang sihat dan berseri akan menyerlahkan lagi penampilan anda menjelang hari bahagia. Oleh itu, penggunaan produk penjagaan wajah yang sesuai amat penting.

 

True Island Alaska Aqua adalah produk kecantikan yang diperbuat di Korea yang dirumuskan tanpa paraben, talc, triclosan dan minyak mineral. Rangkaian ini terdiri daripada pencuci muka, toner, krim dan masker yang mengandungi air glasier dari Alaska dan bahan semula jadi yang baik untuk kulit kombinasi, berminyak dan sensitif.

 

Ikuti langkah demi langkah cara penggunaan dan khasiatnya buat kulit wajah anda.

1 of 4

True Island Alaska Aqua Cleansing Foam, 100 ml, RM55

Pembersih berbusa ini mengandungi Alaskan Glacier Water yang berfungsi menguatkan pelindung kulit dan menghilangkan kekotoran dalam liang pori dengan setiap basuhan.

 

Hanya perlukan jumlah yang kecil untuk mendapatkan tekstur buih yang banyak, kemudian bilas bersih tanpa mengeringkan kulit anda dan memastikan kulit sentiasa lembut dan licin.

 

Tekstur buih yang lembut membantu untuk mengekalkan kulit yang berseri tanpa ketegangan selepas pembersihan.

Asid hyaluronik pula membantu untuk meningkatkan tahap penghidratan kulit dan mengunci kelembapan dalam kulit wajah dan menjadikan kulit lebih segar, bersih dan lembut.

 

Cara Penggunaan: Selepas menanggalkan solekan, lembapkan wajah dan tangan dengan air suam. Sapukan pembersih buih pada tangan dan gosokkan sehingga ia berbuih. Urut perlahan-lahan ke muka dengan menggunakan gerakan bulat. Bilas dengan teliti.

Your email address will not be published. Required fields are marked *