Must have: Sulwhasoo First Care Activating Serum EX

Cantik

Must have: Sulwhasoo First Care Activating Serum EX

510

Gambar :  Sulwhasoo

 

Sulwhasoo tidak memerlukan  pengenalan. Jenama kecantikan premium dari Korea ini meraih reputasi sebagai jenama yang cukup disegani. Masakan tidak dengan rangkaian set penjagaan kecantikan holistik berasaskan ginseng terbaik. Walaupun, saban hari ada sahaja jenama kecantikan lain menampilkan serum anti penuaan baru, namun Sulwhasoo kekal sebagai pilihan utama.  GLAM berkongsi kenapa jenama mewah ini kekal menjadi jenama kecantikan Asia N0.1 sehingga kini.

 

Menerusi kempen terbaru #Resetyouth yang menampilkan aktres Song Hye Kyo sebagai wajah kempen. Sulwhasoo membuka minda wanita bahawa keremajaan hanya bisa dikecapi dengan melakukan penetapan semula wajah menerusi Sulwhasoo First Care Activating Serum EX. Serum majis ini satu produk yang menangani lima tanda penuaan kulit tidak biasanya ditangani oleh jenama lain. Menerusi video kempen yang menampilkan Song Kye Hyo,  Sulwhasoo mentakrifkan semula punca penuaan kulit dengan ketidakseimbangan kulit, bukan masa.

 

Tanda penuaan pada wajah muncul apabila lima tanda-tanda penuaan kulit — ketahanan, kecergasan, khasiat, kejelasan dan keanjalan, hilangan keseimbangan. Bahan semula jadi di dalam siri penjagaan pertama ini bertindak dengan memesongkan kelima-lima tanda penuaan ini dan mengaktifkan semula kulit langsung meremajakannya secara semula jadi.

 

 

Dirumus dengan ramuan JAUM Balancing Complex™, yakni bahan aktif yang bertindak sebagai anti-penuaan yang muktamad. JAUM Balancing Complex™ mengandungi lima bahan campuran warisan iaitu Peony,bunga lotus, Solomon’s seal, lily putih dan Rehmannia yang dipilih dengan teliti dari 3,000 herba perubatan yang dikenal pasti daripada ubat-ubatan tradisional klasik untuk memulihkan kejernihan kulit wajah. Formulasi JAUM Balancing Complex™, tercipta hasil daripada kecemerlangan penyelidikan selama 50 tahun Sulwhasoo di dalam perubatan herba Korea tradisional. Ia terbukti mampu melembapkan kembali kulit kering,  menjadikan kulit lebih licin dan memesongkan kembali tanda penuaan.

 

Tidak terhenti disitu, menerusi teknologi inovatif di Sulwhasoo, yang dikenali sebagai PREXtract Process™, ia bertindak meningkatkan kandungan dan bilangan bahan-bahan aktif di JAUM Balancing Complex™, dan membantu penyerapan pantas ke dalam kulit.

Sulwhasoo First Care Activating Serum EX

■ Size: 60ml  RM295 (original bottle) I 120ml RM495 (Gold limited edition)

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *