Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020

Backstage, Berita, Cantik, Minggu Fesyen, NYFW

Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020

670

Setelah beberapa musim yang lalu, trend kecantikan solekan tanpa-solekan telah menerajui dunia kecantikan seluruh dunia. Begitu juga dengan trend “red lips” sebagai salah satu penampilan klasik landasan minggu fesyen. Kini, trend kecantikan sekali lagi digegarkan oleh Minggu Fesyen New York musim bunga dengan beberapa penampilan dramatik. Sesetengah penampilan boleh dijadikan sebagai ilham dan inspirasi untuk dipakai, tetapi sebahagian besar adalah lebih untuk tontonan. Kebanyakan jurusolek profesional telah bersetuju dengan penampilan mata ala Euphoria-inspired, aplikasi penggaris mata yang kreatif, kesan pemerah pipi yang berbeza, dan banyak lagi. Glam menghimpunkan 10 trend kecantikan yang boleh dicuba pakai jika anda ingin mengubah penampilan harian kepada penampilan yang lebih berani.

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse
  1. Mata Berkilauan

Photo: IMAXtree

Mata yang berkilau atau “glittering” sememangnya hebat dan menjadi kesukaan ramai. Tetapi mata berkilau dengan dipenuhi sequins? Itulah peningkatan penampilan yang dapat kita lihat di mana-mana musim ini. Juga dapat dilihat di pentas peragaan Pyer Moss, Marc Jacobs, LaQuan Smith.

Your email address will not be published. Required fields are marked *