Tukar Muka, Tukar Nasib?

Cantik

Tukar Muka, Tukar Nasib?

104

Plastic Surgery2Gambar: Ingimage

 
OLEH: SUZIE ADNAN
 
Setiap kali scroll timeline di Instagram, gambar berselang-seli dengan pelbagai aksi selfie. Semua orang nampak flawless sekali. Ahh, the wonder of filters… dan entah pelbagai macam lagi aplikasi, just a download away. Namun begitu, bila bertemu face to face dengan kaki selfie ini, selalunya expectation tidak seperti yang diharapkan. Saya pasti saya tidak berseorangan dalam hal ini.
 
Tapi tahukah anda ramai wanita tempatan yang sanggup menyuntik muka untuk mendapat wajah selfie-ready? Cepat, mudah, senang. Yang menakutkan adalah apabila gadis-gadis awal 20-an juga mulai sanggup mencucuk muka demi selfie yang sempurna. Dan percayakah anda yang struktur wajah itu mampu menentukan nasib seseorang? Ramai yang mulai mengubah facial feature tertentu menerusi pembedahan plastik bagi memenuhi kehendak feng shui agar tuan punya badan akan dilimpahi tuah.
 
Ini satu case study. Dahulu dia pendiam, tidak banyak kawan. Dia businesswoman tapi biasa-biasa sahaja. Kemudian dia menyepikan diri. Setelah sekian lama menghilang, dia kembali membuat kemunculan tetapi kali ini dengan berhijab. Tiba-tiba dia menjadi terlebih ramah. Daripada seorang yang rendah hati, dia sekarang begitu outspoken dan outgoing. Malah, bertambah-tambah cantiknya sampaikan ada yang tidak dapat meneka yang itulah dia si polan, kawan lama. Rupa-rupanya dia sudah ‘baiki’ hidungnya dan makin ‘ditarik’ dagunya. Kebetulan, perniagaannya juga berganda-ganda maju. Dia bagai dilahirkan semula sebagai ‘orang baru’.
 
Bolehkah nasib berubah dengan satu pembedahan plastik? Ada orang sebut feng shui tapi saya kata itu semua sekadar psikologi semata-mata. Apabila penampilan terjaga, aura positif lahir secara semula jadi. Sebaik diri sudah mulai melihat persekitaran dari sisi positif, everything is within reach. Kerana segalanya terbit dari hati dan berlandaskan niat. Kalau rasa rendah hati itu hadir kerana disebabkan tidak dapat memenuhi acuan ‘cantik’ yang masyarakat tentukan, maka amatlah kasihan dan rugi orang itu. Because in the end of the day, setiap makhluk Tuhan itu sama sahaja indah ciptaannya. Cuma sifat manusia sahaja yang suka membeza-bezakan.
 
 

Your email address will not be published. Required fields are marked *