Inspirasi

Destinasi – Modenisasi Rotan

Rotan material perabot dan aksesori evergreen, diintepretasikan dalam rekaan moden dan praktikal menepati gaya hidup millennial oleh Nana Khan, pemilik The Rotan Lot.

Bicara Deko – GLAM Deko x Acacia Fabrics

Pelengkap kediaman – Kemasan lembut fabrik untuk jendela, sofa, kusyen dan alas meja bagi menyempurnakan ruang hidup di kediaman boleh jadi proses yang sukar. Jenama Acacia Fabrics membariskan pilihan fabrik untuk pelbagai gunaan di ruang kediaman dan ruang komersil. Ketahui tips pemilihan dan penjagaan fabrik daripada Julia Kong, Acacia Fabrics.

Idea – Gubahan Bunga Sebagai Bingkisan Bulan Cinta

Seindah rupanya, semerbak harumnya, pasti dapat menambat hati si penerima. Gubahan bunga untuk dijadikan sebagai bingkisan hati kala berkunjung ke rumah teman dan tauldan di musim perayaan ini. Fleuri Flower berkongsi teknik dan langkah mudah membina gubahan bunga sendiri.

Ilham – Royal Selangor X GLAM Deko

Romantis Renaissance – Royal Selangor X GLAM Deko mengembalikan era kegemilangan Renaissance sarat aura kemewahan buat menjamu tetamu dengan seleksi produk piuter Royal Selangor yang menterjemahkan estetika elegan namun kekal bersahaja.

Ruang – Cipta Ruang Persalinan Glamor

Bagaimana mahu menjadikan ruang persalinan lebih dramatik dan selesa saat anda mahu pantas memilih pakaian serta berkemas untuk kembara?

Ilham Cipta Mini Landskap

Membina landskap di kediaman tidak memerlukan hanya ruang lapang dan bertanah. Cuba idea dan tip berguna mencipta oasis hijau di apa jua jenis kediaman moden hari ini.

Transformasi Dapur Praktikal

Membina dapur mestilah seiring dengan gaya hidup seisi penghuni. GLAM Deko membariskan 4 jenis reka bentuk dapur moden praktikal.

Trend – Kelabu Elegan Warna 2019

Pakar warna, Benjamin Moore mengumumkan warna kelabu elegan Metropolitan AF-690 dilihat mendominasi palet reka bentuk dan dekor sepanjang 2019. Lihat kod warna-warna lain yang cantik berpadanan dengan kelabu elagan.

Idea – 22 Paten & Warna Kertas Dinding Menawan

Ramai yang masih gentar dan silap persepsi mengenai kemasan kertas dinding. Biar dinding dipenuhi kertas dinding bercorak floral, geometri, fauna, atau abstrak untuk cipta statement gaya. Jika tidak berani, polos bertekstur pilihan klasik tidak ditelan zaman. Lihat lebih 20 koleksi gambar pelbagai ruang dipenuhi kertas dinding buat meransang inspirasi menghias kediaman.

Inspirasi Wardrobe Kris Jenner Sebesar Apartmen

Lihat gerobok fesyen personaliti televisyen, Kris Jenner sebesar satu apartmen yang dipenuhi barangan fesyen, koleksi blazer hitam, satu pojok didedikasi untuk koleksi Birkin!