GLAM JANUARI 2019

Covers

GLAM JANUARI 2019

76

Gambar Eric Chow

The Rise Of The Leading (Young) Women
 

Jelas sekali landskap dunia fesyen (dan hiburan) sudah jauh berubah. Pelbagai kolaborasi dianjurkan bagi mencipta kelainan di kalangan jenama mewah antarabangsa. Dalam masa sama, konsep mewah ketika ini digerakkan oleh jentera generasi yang jauh lebih muda. Kuasa pembelian kini beralih tangan dan wajah-wajah popular media sosial menjadi kuasa baru, baik dalam dunia fesyen mahupun lapangan lain.

 

The leading (young) women – Elisya Sandha, Farhana Nabilah, Hannah Delisya, Daiyan Trisya dan Afifah Nasir antara sebilangan selebriti muda paling popular di Malaysia. Ya, pengaruh media sosial mereka memang hebat. Namun kredibiliti mereka yang sebenarnya datang daripada bakat sebagai pelakon. Inilah dia barisan aktres yang menjadi pelapis untuk masa akan datang. Pakej mereka lengkap – bukan sahaja cantik, tetapi ada gaya dan paling utama ada bakat!

 

Dengan rating drama semasa yang semakin meningkat saban tahun, apakah jelitawan-jelitawan ini akan mengembalikan era kegemilangan dunia lakonan tanahair? Satu hal yang pasti, gelanggang Malaywood sekarang nyata tambah berseri-seri dengan gelombang artis media sosial masakini!

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *