Datin X: Malu Anak Kahwin Anak Datuk

Datin X & Korner Mak Datin

Datin X: Malu Anak Kahwin Anak Datuk

491

Jumpa kawan sana-sini, semua masih lagi bercerita tentang drama tempoh hari berkenaan gelagat seorang isteri Datuk yang mengamuk di sekolah tadika anaknya dek kerana bergaduh dengan suami. Habis dilanggarnya pintu pagar sekolah gara-gara masalah rumahtangga yang tidak berkesudahan. Kisah pasangan ini berantakan di khalayak ramai, buikan kisah baru. Datuk itu ingat, dia boleh tutup mulut isterinya. Tapi dia lupa, isterinya lagi pandai dari dia! “Kadang-kadang, si Datuk tu pun fikirlah seribu kali kalau nak pasang lain. Perempuan bijak juga yang kau pilih. Sudahlah isteri pertama peguam, isteri kedua CEO. Kau tu pulak, title saja Datuk tapi mentaliti zaman batu. Memang jadi lauklah kau nak melayan perang antara dua isteri yang bijak pandai!” Betul sangat cakap kawan Datin X ni. Bukan nak kata apalah… bak kata orang, enggang sama enggang, pipit sama pipit. Yang perempuan pun, janganlah berfikir ikut nafsu. Dengar saja nama Datuk, terus buat andaian datuk tu kaya, bijak, terhormat. Dah nak masuk 2019 dah ni… cikgu sekolah pun boleh dapat Datuk juga, tahu tak?

 

Bagus juga perempuan zaman sekarang ramai yang bijak pandai. Kalau rasa diri dianiaya, mereka sudah berani bersuara. Contohnya undang-undang baru yang sedang disyorkan mengenai pembekuan akaun bank bekas suami yang culas bayar nafkah anak. Datin X memang rasa seperti mahu tepuk tangan sebaik berita itu keluar. Setuju sangat dengan langkah yang bakal dilaksanakan ini sebab Datin X kerap sangat dengar kisah ibu tunggal dibiar sendirian mengendong tanggungjawab menjaga anak-anak kecil tanpa disalurkan wang nafkah; sementara bekas suami joli katak di luar negara. More women need to start speaking up!

 

“Kat Malaysia ni, half of the Datuks are mostly sampah. And one quarter of that half are conmen!” Fuh, boleh tahan juga mulut si Anisah ni. Marah benar dia dengan anak perempuannya, Mira yang kini bercinta dengan seorang anak Datuk. Anisah tidak begitu gembira apabila mendapat tahu anaknya nak kahwin dengan seorang lelaki yang dikhabarkan anak Datuk yang mengusahakan kedai cuci kereta. “Paling I marah bila saudara mara semua excited ingatkan Mira nak kahwin anak Datuk. I memang tak fahamlah. Apa yang hebatnya dengan title anak Datuk tu. You tau tak… that guy bukak kedai cuci kereta di Wangsa Maju. Belajar kolej swasta pun tak habis. Cakap sahaja macam bagus, tapi tiada kelayakan, tiada pelajaran. Sudahlah perangainya tidak beradab. Ingat keluarga berharta, he could get away with anything? And by the way, bapanya bukanlah Datuk kaya betul. Kaya manja-manja saja…” Satu meja semua ketawa terbahak-bahak. Seloroh seorang teman kepada Anisah, “Oh yes, you probably are three times richer than that Datuk!”

 

Tambah Anisah, dia kecewa mengenangkan pengorbanannya sebagai ibu tunggal, bergolok bergadai demi melihat anaknya cemerlang di menara gading. “Sedihlah I… Mira budak pandai. Di sekolah sentiasa best student. Masuk universiti, Dean’s List setiap semester. Sekarang baru graduate Master. Tiba-tiba nak kahwin dengan spoil brat tu? Eh, kita tak inginlah buat menantu!” Impian Anisah mahu melihat anaknya bertemu jodoh dengan seseorang dari yang bidang profesional juga. Katanya dia malu mahu menjemput rakan-rakan korporatnya ke resepsi perkahwinan anaknya nanti. “Mesti orang ingat I hadap sangat nak bagi Mira kahwin anak Datuk, walaupun budaknya cuma buka kedai cuci kereta. I’m not that kind of person!” Gelagat Anisah yang menggelupur lain macam membuatkan kami semua ketawa geli hati. Takut benar dia bermenantukan anak Datuk Wangsa Maju!

 

“Ladies, don’t get me wrong okay? I sebenarnya tak kisah… anak Datuk ke, anak kerani ke, anak raja ke, anak pemandu teksi ke… asalkan orangnya berjenis. Ada tanggungjawab, ada pelajaran, ada adab, paling penting ada agama. Apa guna ada bapa bergelar, tapi mentaliti anak macam samseng kampung? Ini bukan zaman 90-an. Who cares you Datuk or what?” Kami semua mengangguk tanda setuju.

 

Anisah bercerita lagi, anak gadisnya itu didiknya seperti menatang minyak penuh. Hampir cukup ilmu agama di dada. Tidak seperti Anisah yang berturban, anaknya elok sekali menutup aurat dan solat setiap awal waktu. Anisah mengimpikan suatu hari nanti dapatlah menantu yang soleh, tapi tidak disangkanya, lelaki pilihan anaknya adalah seseorang yang minum arak dan menjalani gaya hidup bebas. Terduduk Anisah melihat di Instagram gambar anaknya menghadiri suatu festival muzik bersama anak Datuk itu, dalam gaya dan aksi yang jelek. Anisah bagaikan tidak mengenali lagi anak tunggalnya itu. “Ini yang I paling takut sekali. Kalau you all in my shoes, apa you buat?” Seorang kawan mengatakan yang generasi ini tidak boleh dipaksa-paksa. Kena beri sedikit kebebasan. “Mindset milenial ni lain macam sikit. You have to deal with them delicately. Iyalah… memang mencabar melayan kerenah generasi mengada-ngada ni!”

 

Jawab Datin X pula, “You tak bolehlah judge orang semudah itu. Mana tahu bila dah kahwin nanti, that guy jadi warak hasil didikan anak you?” Balas Anisah, “Eh, no way! My daughter deserves better! Kalau tokey kedai cuci kereta tetapi ada agama, adab dan pelajaran; I boleh terima. Ini baru saja bukak kedai cuci kereta, tapi menyombong, angkuh, jual nama ‘anak Datuk’ konon. Makan pakai pun mak bapak masih tanggung, ada hati nak berbini. Eei, please save me the embarrasment. Malu!”

 

Dipetik daripada GLAM Isu Disember 2018.

Your email address will not be published. Required fields are marked *