Elemen Renaissance & Baroque Inti Pati Jelas Koleksi “Wunderkammer” Aigner

Fesyen, MFW

Elemen Renaissance & Baroque Inti Pati Jelas Koleksi “Wunderkammer” Aigner

13

Membenarkan imaginasinya untuk berlari liar, pengarah kreatif Aigner, Christian Alexander Beck, mempersembahkan koleksi penuh misteri dan kelas dengan koleksi Luruh/Sejuk 2018 a.k.a “Wunderkammer” yang menampilkan ceraian dengan elemen yang lazim dilihat dan juga elemen-elemen yang tidak dijangkakan.

 
[envira-gallery id=”79530″]

Memerhatikan koleksinya dari mata kasar sahaja mengingatkan kami kepada Kotak Pandora yang penuh dengan kejutan misteri. Jika diteliti sebaiknya, anda juga pasti akan dapat melihat setiap perincian yang ditampilkan oleh Beck. Menggabungkan elemen daripada zaman-zaman yang berbeza membuatkan “Wunderkammer” membuatkan setiap satu ceraian lain daripada yang lain namun masih lagi menunjukkan keisnambungan dalam kisah yang ingin disampaikan oleh Beck.

 
[envira-gallery id=”79529″]

Ceraian gaun hasil inspirasi zaman 20-an, lengan kimono dan baju panas a la 90-an, corak dan rumbai lurex untuk sentuhan kemewahan. Tidak lupa juga seluar skinny leggings atau lebar di bahagian bawah dengan perincian bow pada bahagian pergelangan kaki.

Your email address will not be published. Required fields are marked *