Ikon Fesyen: Julianne Moore

Fesyen

Ikon Fesyen: Julianne Moore

46

julianne moore

Penulis Buku
Bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan dia juga boleh menulis. Lebih tertumpu kepada penulisan cerita kanak-kanak dan buku pertamanya iaitu Freckleface Strawberry telah dijual pada 2007 dan dinobatkan sebagai buku paling laris oleh New York Best Time Seller. Terkini, dia menandatangani kontrak bersama syarikat penerbitan Random House untuk menghasilkan beberapa sambungan siri cerita Freckleface Strawberry.
 
Duta Keamanan
Aktres jelita ini amat aktif dalam bidang politik malah dia juga seorang aktivis yang menganjurkan kempen Planned Parenthood. Pada 2008, dia dipilih sebagai duta keamanan untuk kempen Save the Children. Jelas Suzie Mackenzie, Moore disifatkan sebagai seorang, “The most ostentatious of stars.”
 
Aktres Multifungsi
Kredibiliti Moore menyerlah dengan watak hebat yang sarat emosi dan inilah yang menjadi kunci kejayaannya menjulang pelbagai award seperti di Emmy Awards, Golden Globes dan Academy Awards. Kehebatannya tidak perlu dipersoalkan dan sememangnya dia layak memenangi anugerah tersebut. Malah, dia juga menerima gelaran sebagai Best Triple Crown Actress.
 
Latar Belakang
Julie Anne Smith nama asalnya sebelum menukar kepada nama pentas, Julianne Moore. Ayahnya seorang peguam di United States Army dan ibunya pula pakar psikitrik. Sebelum menginjak usia 18, keluarganya sering berpindah-randah sebanyak 23 kali dan dia juga menukar sekolah sebanyak sembilan kali. Bakat semula jadi dalam bidang seni mula menyerlah sejak dia menyambung pengajian di Boston University School of Arts pada 1983.
 
Fashion Sense
Gaya klasik nan tersendiri Moore telah membawa dia sebagai wajah kempen Reed Krakoff serta pernah tampil bagi kempen barangan kemas terkemuka, Bulgari. Dia yang terkenal dengan rona rambut merah dan wajah mulusnya itu sentiasa tampil anggun dan berbeza saat menghadiri ke majlis formal dan di permaidani merah. Malah, dia juga sering tampil dalam persalinan Lanvin, Tom Ford dan Saint Laurent.
 
ASAS GAYA JULIANNE MOORE

COKER EMAS SALVATORE FERRAGAMO

COKER EMAS SALVATORE FERRAGAMO

CINCIN BERLIAN GARRARD

CINCIN BERLIAN GARRARD

CLUTCH DIMENSI EMPORIO ARMANI

CLUTCH DIMENSI EMPORIO ARMANI

JAM TANGAN MEWAH EBEL

JAM TANGAN MEWAH EBEL

KASUT TUMIT BALENCIAGA

KASUT TUMIT BALENCIAGA

Your email address will not be published. Required fields are marked *