Tommy Hilfiger Menutup London Fashion Week S/S 2018

Fesyen, LFW, Popular

Tommy Hilfiger Menutup London Fashion Week S/S 2018

935

Selepas "melarikan diri" daripda tradisi NYFW dengan mengadakan pertunjukan koleksinya di Venice Beach sebelum ini, Tommy Hilfiger diberi penghormatan sewaktu London Fashion Week untuk menutup dan mempersembahkan koleksi kolaborasi eksklusifnya bersama it-model Gigi Hadid buat kali ketiga dan disaksikan hampir 2000 tetamu.

 

Pertunjukan penuh tenaga itu telah dihadiri oleh teman-teman dan keluarga Hilfiger dan juga Hadid untuk meraikan kerjasama mereka. Bertemakan "Rockcircus" dan menggabungkan koleksi lelaki dan wanita dengan menerapkan elemen-elemen segar, edgy, dan new attitude.

 

Koleksi ini juga mengambil warisan rebellious era 90-an dan juga merupakan visi Americana moden mereka untuk memberi perhatian kepada budaya muda dan "grunge meet prep."

 

Mereka juga turut mengekalkan konsep "See Now, Buy Now" memberi peluang kepada orang ramai untuk terus membeli ceraian-ceraian yang ditampilkan dalam koleksi tersebut.

 

Lihat ceraian kegemaran kami daripada koleksi ini:

13 of 22
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tommy Hilfiger SS18

Your email address will not be published. Required fields are marked *