Minggu Fesyen Milan: Bersama Berdiri Menjulang Wanita Perkasa

Apa Siapa Di Mana?, MFW

Minggu Fesyen Milan: Bersama Berdiri Menjulang Wanita Perkasa

26

Teks: Aizat Aidid

 

Hari ketiga bermula sedikit perlahan kerana setelah hampir hampir menunggu selama 45 minit barulah acara Emporio Armani bermula. Himpunan kali ini adalah untuk mendefinasikan semula gaya wanita moden sekarang dengan bermain dengan pemilihan corak yang bertentangan namun bisa dimadukan dalam satu persalinan. Setelah hampir separuh acara gaya mula bosan yang mana semuanya hampir mempunyai sileut yang sama. Cuma menariknya adalah pemilihan fabrik plastik yang menyuntik rasa moden. Sejurus selesai Giorgio Armani keluar dari belakang pentas, semua jemputan berlari meninggalkan dewan untuk ke acara Sportmax.

 

Milan

Sportmax mungkin hanyalah jenama kecil dibandingkan dengan Max Mara. Namun, himpunan kali ini lebih membuka mata kelompok fesyen dengan paksi ideanya pada dunia atletik wanita. Gaya yang dicadangkan adalah seperti mahu ke gim namun meleset. Kerana gaya sukan ini ditambah rasa glamor. Walaupun fabrik yang digunakam adalah material yang mungkin Nike atau Adidas gunakan namun persalinan SportMax bukan boleh dibawa bersukan. Ada baju panas yang dijual di butik sejurus acara Sportmax selesai.

 

Girls Power! @versace_official #mfw #versacefw17

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

Kebelakangan ini Versace mula menunjukkan taringnya semula. Tidak lagi hanya bergantung pada sileut yang menjolok mata. Kini Donatella Versace rasakan sudah mula untuk wanita diiktiraf lebih tinggi. Maka koleksi musim luruh 2017 Versace adalah buat wanita yang punya kuasa dalam kerjaya dan kehidupan peribadi masing-masing. Cogan kata seperti Love, Strength dan Loyalty menghiasi ceraian yang mempunyai sentuhan dunia sukan. Walaupun koleksi ini cukup mempunyai rasa gagah perkasa namun Versace melembutkannya dengan tenunan jemeki yang digubah berbentuk bunga. Amber Valletta menutup acara Versaca.

 

Classic coats with lively colours. Finale at @bottegaveneta #mfw #bottegavenetafw17

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

Hari berikutnya, Bottega Veneta pula menunjukkan himpunan yang menggabungkan koleksi wanita dan lelaki dalam satu acara yang sama. Cerain wanita mempunyai rasa seperti daripada era 40-an. Siluet adalah buat wanita matang dan bisa hidup berdikari. Koleksi oleh Tomas Maier ini dilihat lebih terkesan kerana apbila jenama mewah lain sebuk mahu memadukan gaya jalanan pada koleksi masing-masing namun tidak buat Bottega Veneta. Fokus koleksi ini adalah pada bahagian bahu yang mana mencerminkan wanita berkuasa besar.

Your email address will not be published. Required fields are marked *