Temubual Pertama & Eksklusif Hedi Slimane Selepas Menukar Céline Kepada Celine

Fesyen

Temubual Pertama & Eksklusif Hedi Slimane Selepas Menukar Céline Kepada Celine

49

Gambar Miguel Villagran/Getty Images

Pernah meminjamkan bakatnya kepada Dior Homme dan Yves Saint Laurent, jurufoto dan pereka fesyen Hedi Slimane kini bakal mempersembahkan koleksi pertamanya sebagai pengarah kreatif sebuah lagi rumah fesyen Paris terkenal, Celine, pada Jumaat ini di Minggu Fesyen Paris. Menjelang hari penuh bermakna itu, pereka berusia 50 yang berdiam diri semenjak dilantik sebagai visi kreatif Celine yang pemalu itu telah membuat penampilan istimewa dalam satu temu bual bersama akhbar Perancis,  Le Figaro.

 

Temu bual ini merangkumi terjemahan eksklusif Business of Fashion yang merangkumi pelbagai perincian yang jarang dikongsikan oleh pereka fesyen penuh rahsia ini. Dari visinya untuk Celine dan juga keputusannya untuk mengubah branding jenama tersebut (di mana dia juga pernah membuang “Yves” daripada Yves Saint Laurent).

 

A post shared by CELINE (@celine) on

Asal Usul Hedi Slimane

 

Membesar di Paris, Slimane merasa gembira untuk pulang semula ke Paris dan bekerja untuk rumah fesyen Paris. “Dari tradisi, métiers, dan atelier. Paris juga sangat spesifik perihal ‘buatan tanga,’ dan itu sendiri sudah sangat chic.”

 

Hedi Slimane Bosan Dengan Millennial?

 

Slimane percaya kehidupan sebagai seorang belia penuh dengan kelembutan, kebebasan, dan kesemberonoan. Belia juga pada masa yang sama boleh menjadi sekumpulan singa megah di perkarangan boulevard, bilik bawah tanah Saint-Germain dan bilik kuliah Sorbonne.

 

“Penggunaan perkataan belia dalam bilik kuliah sendiri yang diterangkan dengan nombor dan statistik membuatkan konsep ini menjadi bosan. Tanpa mengira masa, belia adalah satu tenaga hebat dan boleh mencari kegembiraan dalam setiap detik dan emosi.”

 

Kehidupannya Di California

 

“Saya sering ke [Los Angeles] sana semenjak penghujung 1990 lagi. Saya akan memulakan semua koleksi Dior saya di sana, dalam bilik hotel saya. Tatkala bandar tersebut beradu, itu adalah waktu yang sesuai untuk mengisi muka surat kosong saya.” Slimane berpendapat dia sudah pun membongkar setiap pelosok Los Angeles dan masih lagi berfikir untuk berpindah semula ke Eropah.

 

“Kemenangan Donald Trump menghasilkan perubahan iklim tidak tentu yang sangat hebat. California sendiri menyertai pemberontakan yang berlangsung namun tenaganya sudah mula berubah. Saya masih menetap di Los Angeles, tetapi bandar ini sudah berbeza.”

 

Keperibadiannya Slimane Sebagai Slimane

 

Walaupun Slimane kini kembali menghasilkan magis untuk rumah fesyen di Perancis, ia tidak bermakna dia perlu mengubah dirinya. “Walaupun di Celine, saya kembali dengan persepsi asal kerjaya saya daripada 20 tahun yang lalu, tanpa sebarang nostalgia. Saya mempunyai tradisi dalam diri saya. Kenapa saya perlu melepaskan apa yang memberi definisi kepada diri saya?”

 

At Celine, the weight of the past is not as strong as at Dior or Saint Laurent. We can break free of it more easily.… Starting from here, we can coin a vocabulary. What’s important is always now.”

 

A post shared by CELINE (@celine) on

Keputusan Membuang Simbol “É”

 

It’s about putting the church back at the center of the village. It’s orthodoxy, quite simply.”

 

Motto Hedi Slimane

 

Hold on. Whatever the purpose, the opinions, the noise, the diaries.… The key to everything is to preserve the enchantment.”

 

Rupa Fizikalnya Yang Sangat Kurus

 

“Sewaktu zaman remaja, segalanya terlalu besar untuk saya… I would float in everything. Pereka tidak mempunyais ebarang makna tanpa model mereka. Saya melihat mereka sebagai artis… Jika sepasang dress yang saya gemari tidak mempunyai tubuh untuk dihiasi, saya tidak akan mengeluarkannya untuk pentas peragaan kerana ia tidak mempunyai jiwa.”

 

Visinya Untuk Celine

 

Apabila ditanya tentang perbezaan visinya dengan visi Phoebe Philo, Slimane menjawab “Anda tidak memasuki sebuah rumah fesyen dan meniru hasil karya mereka sebelum ini, atau mengambil alih intipati karya mereka, kod-kod, dan elemen bahasa mereka sendiri. Matlamatnya juga bukanlah untuk bercanggah dengan karya mereka juga. Itu sudah menjadi satu tafsiran yang salah.”

 

“Kehormatan adalah dengan menjaga integriti mereka, mengenali hak milik orang lain dengan jujur. Ia juga bermakna memulakan bab baru. Anda tiba dengan sebuah kisah, sebuah budaya, bahasa peribadi yang lain daripada mereka sebelum anda. Anda harus menjadi diri anda sendiri.”

Your email address will not be published. Required fields are marked *