Terokai PS by Paul Smith

Fesyen

Terokai PS by Paul Smith

39

 

Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa pereka fesyen Paul Smith yang terkenal dengan rekaannya yang aneh diunsurkan daripada gaya tradisional British di mana beliau menggunakan ‘classic with a twist’ untuk menghuraikan rekaan-rekaannya.

 

Sambil mengekalkan unsur klasik gaya British, Paul Smith juga tidak lupa untuk memastikan yang rekaannya masih lagi mengikut peredaran zaman dan boleh diterima oleh pembeli dan penggemar fesyen.

 

PS by Paul Smith merupakan koleksi terbaru Paul Smith untuk Musim Bunga/Panas 2017 dan koleksi ini sekali lagi menunjukkan persepsi Paul dalam mengintepretasikan konsep youthful dengan menerapkan unsur sportswear.

 

Koleksi terbaru ini digayakan seperti sub-budaya British dan juga corak tropikal dan fabrik teknikal. Pakaian ala-ala ‘baju sukan’ diberikan gaya untuk dijadikan pakaian harian yang bergaya

 

Dengan koleksi terbaru ini juga PS by Paul Smith juga turut mempunyai logo terbaru jenama tersebut dengan lambang PS yang kena dengan gaya jenama ini.

 

Walaupun PS by Paul Smith baru sahaja diperkenalkan untuk dua musim tetapi jenama tersebut sudah pun menerima panggilan untuk membuka kedai di London, Hong Kong, Paris dan Osaka.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid

Your email address will not be published. Required fields are marked *