Zoë Kravitz, Janelle Monáe & Elle Fanning Membintangi Kempen Tiffany & Co.

Fesyen

Zoë Kravitz, Janelle Monáe & Elle Fanning Membintangi Kempen Tiffany & Co.

142

Pelakon berbakat Zoë Kravitz terus membukan jalan untuk kerjayanya pada tahun 2017 melalui drama bersiri Big Little Lies, filem terbarunya untuk musim panas ini Rough Night dan pencapaian terbarunya, membintangi kempen Fall 2017 Tiffany & Co.

 

Pemilihan Kravitz dan beberapa lagi bintang muda lain seperti pelakon Elle Fanning, penari ballet David Hallberg, penyanyi Janelle Monáe, dan St. Vincent merupakan langkah jenama perhiasan ikonik ini untuk menonjolkan diri mereka kepada generasi lebih muda dalam pasaran.

 
[envira-gallery id=”69301″]

Ketua pegawai artistik Tiffany & Co. Reed Krakoff merupakan dalang disebalik idea baru untuk membantu mengembangkan lagi pasaran jenama ini. Kempen ini juga menggunakan khidmat jurufoto berbakat Inez van Lamsweerde and Vinoodh Matadin.

 
[envira-gallery id=”69303″]

Kempen yang diberi nama “There’s Only One” ini adalah untuk meraikan ekspresi diri dan individualiti seseorang yang juga turut merangkumi semangat Tiffany.

 

“Naratif kempen ini diceritakan melalui enam individu yang berkuasa, bijak dan tidak gentar untuk meluahkan perasaan mereka, di mana setiap seorang daripada mereka ini mempunyai bakat yang unik dan stail peribadi masing-masing,” terang Krakoff yang dilantik oleh Tiffany & Co. pada Januari 2017.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *