GAYA LEBIH ANGGUN MEWAH
  • FESYEN
    • KLFW
    • NYFW
    • LFW
    • MFW
    • PFW
  • CANTIK
  • GAYA HIDUP
    • DATIN X
    • KORNER MAK DATIN
    • RETORIK
  • PERSONALITI
    • APA SIAPA DI MANA?
  • GLAM SOCIETÉ
  • GLAM TV
  • GLAM PLUS
    • GLAM WEDDINGS
    • GLAM JUNIOR
    • GLAM HOROLOGI
  • GLAM DEKO
    • INSPIRASI
    • KEDIAMAN
    • GALERI DEKO
    • SANTAI
  • PROMOSI
Home / Gaya Hidup / Persis Magis, The Moscow Circus Sedia Memukau Rakyat Malaysia

Persis Magis, The Moscow Circus Sedia Memukau Rakyat Malaysia

Ai Nazmi Norzaid
August 20, 2018

Badut The Moscow Circus - Armen Asiryants

Tanpa mengira batasan umur, sarkas di mana-mana jua pastinya bisa menarik minat sesiapa sahaja. Apatah lagi dengan populariti filem The Greatest Showman yang turut melonjakka populariti sarkas serata dunia, rombongan The Moscow Circus kini tiba di Malaysia! Detik melangkah masuk ke dalam khemah sarkas itu saja sudah menerujakan, bayangkan pula persembahan yang menanti? Dengan aksi-aksi yang pastinya memukau dan memegun penonton The Moscow Circus membuka langkah pertama dalam The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 yang bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

 

Dari 10 Ogos sehingga 2 September 2018, mereka bakal menghiburkan hati anda dengan seni sarkas yang sudah sebati dengan budaya Rusia sejak berkurun yang lalu. Menjamin bebas daripada aksi menggunakan haiwan, rombongan sarkas berbakat ini menampilkan beberapa aksi seperti aerialist, artis trapez, akrobat swing penuh terujaan, juggling bertaraf dunia, pakar ilusi dan pelbagai lagi. Setiap satu individu berbakat ini telah dipilih dengan penuh ketelitian daripada dua syarikat sarkas terkenal Rusia, Bolshoi Circus dan Nikulin Moscow Circus.

Prev4 of 9Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jelajah khas Malaysia yang berlangsung selama lapan bulan ini telah dibawakan khas oleh Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama dengan Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovich.

 

“Kami amat teruja untuk membawakan kumpulan sarkas Rusia ini ke Malaysia”, ujar Kenneth Lee, Penerbit The Moscow Circus Tour of Malaysia. “Kumpulan ini telah pun bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi memastikan mereka memberikan persembahan yang berkualiti dan bertaraf tinggi. Kami amat berharap untuk melihat lebih banyak tawa dan senyuman daripada pengunjung di setiap pertunjukan kami di Petaling Jaya dan akan datang, di Queensbay Mall (Kawasan Parkir), Pulau Pinang.”

 

Dengan harga serendah RM50 sehingga RM280, bagi anda yang berminat untuk menyaksikan persemabahan menakjubkan dalam hidup anda, pembelian tiket boleh dibuat di www.ticketpro.com.my. Pemegang kad Maybank juga layak untuk menerima diskaun 15% untuk Pakej Keluarga (sah sehingga 2 September) sementara mereka berada di Petaling Jaya. Sokongan anda juga akan menjadi sebahagian daripada usaha mereka untuk menderma kepada Tabung Harapan Malaysia.

KONGSI DI Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
PREVIU ISU
MAJALAH
TERKINI
Edisi Digital

Banyak lagi dari GLAM

Kasino Jadi Medan Chanel Couture Fall 2015
Selena Gomez Sebagai Muka Baru Coach

Artikel Berkaitan Gaya Hidup
Fashionista Paris Menentang Kuasa Alam Dengan Pili...
Paris Fashion Week SS19: Penampilan Istimewa Seleb...
90’s Supermodels Takluk Pentas Peragaan Ming...
GLAM Pick: Koleksi Standout Paris Fashion Week S/S...

  • ABOUT US
  • ADVERTISING OPPORTUNITIES
  • BLU INC MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • PROMOSI
glam-black-150

 

Copyright © 2017 Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). All right reserved.

Powered by CloudMeta Web Hosting