5 Perkara Perlu Dielakkan Apabila Menghias Ruang Tamu

Pereka Fesyen, Valentino Garavani, “Pabila merai tetamu di rumah, saya mengambil masa dan keseronokan meneliti butiran kecil bagi mencipta perbezaan. Keraian adalah memberi perhatian kepada tersayang dan berkongsi dengan mereka.”

 

fontette 011

Kertas dinding bercorak floral daripada Monsoon

  1. Manipulasi Corak

“Less is more!” Elak percampuran terlalu banyak corak yang tiada kaitan sesama mereka; contoh gandingan motif floral dan geometri. Aplikasikan corak hanya pada aksesori tertentu yakni fabrik sofa, kusyen, langsir dan kertas dinding

 

contemporary-sofas-ferruccio-laviani-4375-1488203Sofa Holiday rekaan Ferruccio Laviani

2. Pembahagian Ruang

Pereka Carolyn Roehm melarang sama sekali membahagi ruang secara visual untuk ruang yang kecil. Katanya, “Membahagi ruang yang kecil sama seperti anda melihat skirt dipotong pendek.” Dia mencadangkan agar menggunakan fabrik atau motif yang sama untuk sofa, kusyen, dan kertas dinding bagi mencipta ilusi kepompong di ruang kecil.

 

POLLOCK_01_minotti

Sofa Pollock daripada Minotti

3. Dinding Polos

Jangan biarkan sisi-sisi dinding sepi tanpa kata. Gantungkan karya-karya seni anak tempatan atau antarabangsa untuk menghidupkan keseluruhan ruang. Jika kediaman beraliran moden, seni tulisan Islam, Kufi boleh dipertimbangkan.

 

SHERMAN_01_minotti

Sofa Sherman daripada Minotti

4. Perabot Berangkai

Elak membeli perabot rekaan atau siri yang sama di ruang tamu. Tinggikan tahap kreativiti dengan mengadun perabot; sofa, meja kopi, ottomen, kerusi chaise lounge dalam ajnas reka bentuk dan balutan fabrik agar ruang dipersembah tidak patuh hanya pada satu paksi.

 

big-tuftytoo B & B ItaliaSofa Big Tuffty Too daripada B&B Italia

5. Perabot Dempak

Pereka Todd Klein mengatakan bagi ruang terhad, elakkan apa-apa perabot berukuran lebih dari 36 inci lebar atau tinggi. “Lebih baik untuk tidak menguasai ruang dengan suntikan steroid. Anda perlu memiliki perabot yang dibuat dengan ukuran lebar, tinggi dan kedalaman yang betul untuk setiap skala ruang binaa.”