Diari Deko – Zahirah MacWilson Duta Sharp Terbaru

Sharp melancarkan kempen siri televisyen My Aquos bersempena 33 tahun penubuhan SEM. Siri televisyen LED Aquos adalah produk buatan Malaysia yang dihasilkan di Batu Pahat manakala produk audio di Sungai Petani.

 

Siri televisyen My Aquos 40 inci dijual pada harga pasaran RM999 meski selepas cukai SST. Setiap produk Sharp Made- in-Malaysia terjual, RM5 akan disumbangkan pada Tabung Harapan sehingga 31 Disemberi tahun ini. Namun, jika Tabung Harapan ditutup awal, Sharp berjanji untuk menyumbang jumlah terkumpul kepada organisasi amal sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

 

Malah, Sharp turut mengumumkan wajah baru jenama ini, Zahirah MacWilson sebagai duta selebriti. “Zahirah merupakan selebriti yang berkait rapat dengan Sharp Aquos, bukan sahaja dari sudut teknologi malah berpersonaliti menarik, bergaya dan mengikut trend semasa, ideal serta arif tentang pengguna muda,” kata Pengarah Urusan SEM, Robert Wu.

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Zahirah MacWilson diumumkan sebagai duta selebriti jenama Sharp atas pencapaian portfolio yang cemerlang sebagai aktres, model dan personaliti muda.