Lexis Suites Penang – Resort Mewah Tepi Pantai

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

 

Terletak di sepanjang pantai Teluk Kumbar dan menghadap panorama laut Selat Melaka, Lexis Suites Penang destinasi ideal untuk pengunjung yang merancang percutian atau atas urusan perniagaan.

 

Mengenengahkan seni bina dan reka bentuk kontemporari dengan kelengkapan mewah, Lexis Suites Penang direka oleh kumpulan arkitek yang diiktiraf dan memenangi anugerah. Luas dan selesa, setiap 222 suite dihiasi dengan menarik. Hartanah tepi pantai ini juga menjadi satu-satunya resort di pulau ini yang menawarkan kemewahan dan kemudahan kolam berenang peribadi dan bilik wap di setiap unit. Dari Executive Pool Suite yang luas sehinggalah Premium Pool Suite direka mewah yang menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan, semua bilik menampilkan dua buah katil bersaiz king dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan bergaya moden.