Resipi Tagine Ayam Morocco dari Dr. Ezani Farhana

 ONE_5467

Dr. Ezani Farhana Md Monoto

Juara Masterchef Malaysia musim pertama, Dr. Ezani Farhana Md Monoto sememangnya mahir dalam penyediaan kek dan pastri. Namun, kali ini doktor gigi ini berkongsi resipi dari bumi Maghribi sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

 

ONE_5243

Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

Tagine Ayam Morocco

Bahan – bahan :

1 ekor ayam dipotong

4 sudu besar minyak masak

2 batang kulit kayu manis

2 bunga lawang

1 sudu besar biji lada hitam

2 biji bawang besar dihiris kasar

4 ulas bawang putis dihiris kasar

3 batang cili merah besar dibelah dua

5 sudu teh serbuk kayu manis

4 sudu teh serbuk halia

3 biji tomato dipotong kasar

4 cawan air

1 cawan buah prun kering dibelah dua

½ cawan buah aprikot kering dibelah dua

½ cawan madu

½  biji labu dipotong kiub

Garam dan lada hitam secukup rasa

Daun ketumbar

Badam yg sudah dibakar/digoreng

 

Cara menyediakan :

  1. Panaskan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan biji lada hitam sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Tumis lagi sehingga kekuningan.
  3. Masukkan serbuk kulit manis dan serbuk halia. Tumis sehingga campuran menjadi likat dan pekat. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masukkan tomato dan terus kacau.
  4. Masukkan air. Biar mendidih seketika. Tambah madu dan garam secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan ayam, buah-buahan kering dan labu. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api, dan biarkan mereneh dengan api perlahan selama 30 minit.
  5. Hias bersama taburan daun ketumbar, hirisan badam dan lebihan buah prun dan apricot.