Ruang – Mencipta Udara Segar

 

Untuk setiap ruang kediaman, kehadiran reka bentuk kipas yang tepat perlu diberi perhatian seiring dengan fungsinya.

 

Kipas siling Moshon K18NY-SBR KDK

 

Gaya Hidup Sempurna

 

Sebagai salah satu ruang yang menjadi fokus paling utama, yakni ruang tamu di mana anda berehat dan bersantai. Di sinilah tetamu berkumpul, dan di mana keluarga dan rakan duduk, bermain, dan berbual. Masa hujung minggu dihabiskan di rumah, sama ada dengan membaca, atau melakukan aktiviti seni dan kraf. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan ruang ini menerima ventilasi udara yang baik dan selesa tanpa perlu dilaras setiap masa.

 

Kipas siling Moshon K18NY-SBR KDK adalah penyelesaian bergaya yang sempurna untuk ruang ini. Beroperasi dengan sistem motor DC berkembar jenama baru, kedua-dua kipas direka ringan dengan jisim 11.9 kilogram, dan tenaga yang cekap dengan Penarafan Tenaga 5 Bintang – yakni ciri penting yang melibatkan banyak kegunaan. Kipas ini juga dilengkapi dengan fungsi pratetap masa kelajuan, untuk memudahkan anda berehat tanpa gangguan dan tanpa perlu menetapkan semula kelajuan pada setiap masa.

 

Kipas KDK Moshon K18NY-RBR

 

Bergaya Di Ruang Makan

 

Untuk merai majlis makan malam keluarga sempena musim perayaan atau sambutan ulangtahun, ruang makan perlu berfungsi sebagai ruang yang selesa, dan cosy. Untuk tujuan ini, adalah penting bahawa pilihan kipas membantu mengekalkan aliran udara yang selesa untuk seisi keluarga dengan udara yang bersih dan segar. Ini bukan sahaja akan menjadikan pengalaman bersantap anda lebih menyenangkan, ia akan memastikan kesan bau makanan akan mengalir keluar tanpa mencacatkan aroma pada ruang. Secara semulajadi, inilah kipas siling yang cekap yang anda perlukan!

 

Kipas KDK Moshon K18NY-RBR, dilengkapi dengan motor DC untuk kecekapan tenaga dan sembilan kelajuan pratetap –membolehkan kawalan suhu udara dalam keadaan stabil untuk menampung kapasiti tetamu dan individu di ruang ini. Secara estetik, rekaan paip pendek sangat sesuai dengan ketinggian siling yang lebih rendah, sementara warnanya, gabungan warna kayu dan hitam anggun menambah gaya mewah ke ruang kediaman.

 

Kipas siling KDE K15YX-QBR KDK

 

Tidur Dengan Selesa

Tidur malam yang baik sangat penting untuk kesihatan dan keceriaan anda, justeru sangat penting memastikan jenis kipas siling yang dipasang untuk bilik tidur. Untuk tujuan ini, anda memerlukan model yang beroperasi dengan lancar dan senyap, supaya anda dapat tidur sepanjang malam tanpa gangguan bunyi yang tidak menyenangkan.

Kipas siling KDE K15YX-QBR KDK, dengan Penarafan Tenaga 5 Bintang, beroperasi pada motor DC untuk kecekapan tinggi dan tahap bunyi yang rendah. Pilih dari sembilan mod kelajuan pratetap untuk memenuhi keperluan anda pada waktu malam; Ciri 1 / f Yuragi meniru angin semulajadi, menjadikan anda selesa dan sejuk sepanjang malam. Penetapan masa beroperasi dan mod tidur juga membolehkan anda menyesuaikan penggunaan anda, menjadikan suasana tidur yang lebih nyaman dan selesa. Untuk maklumat lanjut, layari www.kdk.com.my