Sajian – Unconventional Desserts

Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Video : AetosX Visual

 

Meraikan 1 dekad GLAM Deko dalam industri penerbitan dan reka bentuk; dua restoran fine dining terkemuka Kuala Lumpur yakni Enfin by James Won dan Nobu Kuala Lumpur mencipta tiga karya manisan bertemakan Unconventional Desserts sebagai inspirasi sajian istimewa.

 

Setiap karya manisan yang dipersembah disuntik elemen dan tunas rasa orang Malaysia seperti durian dan Ais Batu Campur (ABC).