Trend – Fleksibiliti Rutin Moden

Kebersihan kediaman adalah keutamaan setiap penghuni. Habuk, hama, bulu dan rambut antara yang perlu dibersihkan hampir saban hari di kediaman. Gajet penyedut hampagas, POWERstick PRO™ daripada Samsung menjadikan kehidupan seisi penghuni kediaman lebih efisien dengan kerja-kerja pembersihan lebih cepat dan mudah.

 

Bereka bentuk moden ergonomik dan tanpa wayar, POWERstick PRO™  dikuasakn oleh motor inverter digital Samsung yang berputar pada kelajuan 5, 000 rpm menjamin kecekapan permbersihan menyeluruh pada permukaan lantai.

 

Chef Selebriti (Masterchef Malaysia), Brian Chen menunjukkan teknologi dan rekaan ergonomik POWERstick PRO™ di acara Masak – Masak with Samsung Smart Living. 

 

Dengan kuasa 150W – sedutan, penyedut hampagas moden ini mampu menangkap habuk halus dan zarah besar dengan berkesan. Malah, POWERstick PRO™ boleh berfungsi selama 40 minit lamanya dengan kuasa bateri yang telah dicaj penuh.

 

Rekaan pemegang POWERstick PRO™ boleh dilipat sehingga 50 darjah hanya dengan satu klik butang memudahkan pengguna mencapai habuk di aras perabot rendah tanpa masalah. Fungsi EZClean Dustbin mengumpulkan hampas dan boleh dikosongkan dengan satu tarikan mudah.

 

 

 

Gajet POWERstick PRO™ hadir bersekali 4 aksesori tambahan, berus Turba Action untuk membersih kotoran kecil di permukaan permaidani, Mini Motorized Tool buat membersih permukaan cadar, tilam dan perabot fabrik, Combination Tool membolehkan pengguna membersih kotoran di permukaan meja dan rangka tetingkap dan Extension Cervice Tool membantu membersih di kawasan sempit.