Trend – Idea Metalik Untuk Ruang Kediaman

Istimewa Royal Selangor

 

Pasu Samara digabungkan bersama bekas lilin dan perhiasan.

 

Trend rona metalik yang bermula dari pentas peragaan semakin menjadi kegilaan pencinta dekorasi. Ada yang mahukan suntikan yang jelas menyerlah namun ada juga yang lebih menggemari gaya subtle namun memberi impak yang menarik. Jenama piuter tersohor membawakan seleksi produk yang sesuai untuk mereka yang ingin bermain rona metalik buat memperindahkan lagi ruang kediaman. Tidak hanya menarik untuk anda sebagai pemilik kediaman, idea ini turut pratikal saat anda menerima kunjungan tetamu.

 

Semua koleksi yang dipaparkan di ruangan tip dekorasi kediaman ini boleh didapati di mana-mana kedai Royal Selangor, pengedar sah dan royalselangor.com.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

  1. Nyalaan lilin di dalam bekas metalik di kamar mandi mengubah mood dan memberi kejutan istimewa kepada para tetamu. Gabungan pelbagai dimensi berbeza menyuntik ilham gaya tersendiri.

 

Antara ruang lain yang boleh anda hias menggunakan perhiasan Royal Selangor adalah kamar kecil.