KL’s ‘Survival Guide’ To Be Stylish

GLAM Lelaki

KL’s ‘Survival Guide’ To Be Stylish

136

KL
 
Kota raya yang tak pernah tidur, dihuni oleh wajah-wajah generasi baru yang tidak kalah bergaya. Malah ada juga generasi lama yang mulai mengikut. Bagaimana mahu ‘survive’ dalam kelompok ini?
 
Panduan Gaya
Hanya perlu berani. Di Kuala Lumpur, arena fesyennya kian berkembang. Melihat individu-individu tempatan yang tidak gentar dengan penampilan masing-masing, jelas evolusinya. Syarat-syaratnya adalah :
• Individualistik.
• Memakai sesuatu yang orang tempatan lain tidak pakai.
• Memartabatkan helaian pereka-pereka tempatan generasi baru.
• Mengadaptasikan gaya antarabangsa dan disesuaikan dengan iklim atau situasi tempatan .
• Jangan terlalu mencuba.
 
Keep Updated!
• Ya! Keep yourself updated. Dengan isu-isu terbaru yang berkaitan dengan fesyen. Antarabangsa atau tempatan, nampaklah berilmu sikit.
 
Acara Fesyen Tanah Air
• Cuba selitkan diri dan banyak menghadirkan diri ke acara-acara fesyen tempatan. Jika kamu dalam industri media, beruntung sangat.
 

KEL_2158Koleksi Zakwan Anuar di Kuala Lumpur Fashion Week.

 
Kenali ‘Individu Fesyen’ Tempatan
• Bergaul dengan insan-insan fesyen – sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Sekali gus, mengubah sedikit sebanyak cara berpakaian dan berani untuk jadi ‘stylish’.
 

 
Cool Hangouts
To be seen. Ke kafe adalah no brainer. Rata-rata, anak-anak muda ‘stylish’ sering ke tempat sebegini. Cadangan satu lagi adalah ke Food Festival atau Music Festival. So put on your best dress. Lebih unik jika kamu memilih untuk ke kawasan Masjid Jamek, Chow Kit atau mana-mana yang orang lain tidak jangka. Sarungkan helaian paling ‘stylish’ kamu ke lokasi-lokasi ini, membuatkan kamu kelihatan cool.
 
 

Your email address will not be published. Required fields are marked *