Hi-Tea Buffet Hujung Minggu Di Sunway Putra Hotel Penuh Kelas

GLAM Life

Hi-Tea Buffet Hujung Minggu Di Sunway Putra Hotel Penuh Kelas

209

Dengan tujuan menggabungkan hidangan tradisional Malaysia dengan acara penuh kelas yakni hi-tea, Sunway Putra Hotel memperkenalkan Weekend Hi-Tea Buffet mereka yang menggabungkan keaslian hidangan kegemaran masyarakat Malaysia dalam suasana yang mewah.

 

Dari Nasi Ayam Kampung, Mee Rebus Daging, Wantan Udang Rangup sehingga ke Biri-biri Panggang dan Bubur Cha Cha bersama keladi, Weekend Hi-Tea Buffet ini menjanjikan nostalgia acap kali kita menikmati hidangan ini di rumah bersama keluarga pada hujung minggu. Who can say no to Kari Kepala Ikan yakni hidangan utama air tangan Chef Rossham? Tidak lupa juga sempena 31 ogos ini, National Day Hi-Tea di Coffee House bakal menawarkan lebih banyak seleksi hidangan untuk anda!

 

Sambil anda menikmati juadah yang melazatkan, persembahan nyanyian oleh Lily Jannah dan Arie turut menemani dan menyemarakkan lagi suasana classy nan mewah. Pada harga RM79 nett dan RM59 nett bermula Ogos ini sehingga 31 Disember, anda berpeluang untuk menikmati seleksi hidangan yang pelbagai di Coffee House pada setiap hari Sabtu dan Atrium Lounge pada hari Ahad jam 12:00 hingga 5:00 petang. Warga emas dan kanak-kanak (berusia 7 hingga 12 tahun) boleh menikmati 50% diskaun manakala untuk enam tahun dan ke bawah pula boleh masuk secara percuma.

 

Untuk tempahan anda boleh hubungi 03-4040988 atau hantarkan emel kepada [email protected]hotels.com.

3 of 6

Ayam Perchik

Your email address will not be published. Required fields are marked *