Persis Magis, The Moscow Circus Sedia Memukau Rakyat Malaysia

GLAM Life

Persis Magis, The Moscow Circus Sedia Memukau Rakyat Malaysia

376

Badut The Moscow Circus - Armen Asiryants

Tanpa mengira batasan umur, sarkas di mana-mana jua pastinya bisa menarik minat sesiapa sahaja. Apatah lagi dengan populariti filem The Greatest Showman yang turut melonjakka populariti sarkas serata dunia, rombongan The Moscow Circus kini tiba di Malaysia! Detik melangkah masuk ke dalam khemah sarkas itu saja sudah menerujakan, bayangkan pula persembahan yang menanti? Dengan aksi-aksi yang pastinya memukau dan memegun penonton The Moscow Circus membuka langkah pertama dalam The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 yang bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

 

Dari 10 Ogos sehingga 2 September 2018, mereka bakal menghiburkan hati anda dengan seni sarkas yang sudah sebati dengan budaya Rusia sejak berkurun yang lalu. Menjamin bebas daripada aksi menggunakan haiwan, rombongan sarkas berbakat ini menampilkan beberapa aksi seperti aerialist, artis trapez, akrobat swing penuh terujaan, juggling bertaraf dunia, pakar ilusi dan pelbagai lagi. Setiap satu individu berbakat ini telah dipilih dengan penuh ketelitian daripada dua syarikat sarkas terkenal Rusia, Bolshoi Circus dan Nikulin Moscow Circus.

3 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Your email address will not be published. Required fields are marked *