Sajian Sundown Istimewa Nobu Kuala Lumpur

GLAM Life

Sajian Sundown Istimewa Nobu Kuala Lumpur

76

Dengan lokasinya di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, yakni bersebelahan Menara Berkembar PETRONAS, Nobu sememangnya merupakan “the it place” buat makan malam mahupun tengah hari.

 

 

Pihak Nobu Kuala Lumpur menyajikan menu khas buat bulan indah ini. Bagi mereka yang inginkan alternatif bercitarasa tinggi buat iftar, restoran yang kian menjadi buah mulut orang ramai ini menyediakan Sundown Dinner khas buat bulan indah ini.

 

Menu istimewa ini menggabungkan kemahiran kulinari dan berbagai-bagai segi cara memasak. Ia diilhamkan khas oleh Chef Eksekutif mereka, yakni Chef Phillip Leong, di mana beliau merangkumkan bahan-bahan tempatan dalam menu yang bercirikan gaya signatur Jepun dan Peru. Setiap satu hidangan mempunyai rasa mewah bersama a dash of Malaysian flavours!

 

 

Berlatarkan pemandangan metropolitan yang dipenuhi cahaya neon dan lampu kota, pengunjung pertamanya akan disajikan Zenzai Platter iaitu buahan kurma, ikan salmon segar yang disalai bersama nasi rangup, cendawan shitake bersama daun  kaduk besertakan ubi keledek bersama gula melaka. Menu lain yang turut dihidang ialah kari kambing miso bersama jeruk bawang dan labu panggang, di samping rice pudding yuzu yang dilazatkan lagi bersama ais krim kelapa dan gula melaka.

 

 

Menu yang merambangkan mata ini dilengkapkan dengan minuman punch laici yang direka khusus buat Sundown Dinner ini. Ia adalah campuran sirap ros, susu, sirap elderflower, jus laici dan tembikai bersama taburan bijirin chia. Sundown Dinner ini dihidangkan ala makan malam bersama keluarga di mana kesemua sajian lazat ini diletekkan di tengah meja dan dikongsikan beramai-ramai.

 

Rangkaian restoran Nobu sememangnya terkenal dengan bahan-bahan mereka yang segar belaka, terutamanya makanan laut. Antara bahan yang menajdi “bintang utama” menu tersebut ialah sashimi seperti Oshi Sushi dan Katsuo Ceviche, namun bagi tetamu restoran lima bintang itu yang tidak gemar akan ikan mentah, chef-chef di Nobu Kuala Lumpur memberikan pilihan lain buat mereka.

 

Menu Sundown Dinner disajikan dari 25th May hingga 29 June dan berharga RM435. Nobu Kuala Lumpur ternyata tidak pernah dan tidak akan mengkompromi kualiti mereka dan sehubungan itu mengambil palet pelanggan mereka dengan penuh passion. Bagi mereka yang idamkan menu iftar yang lain dari yang lain, Nobu Kuala Lumpur ialah jawapannya.


Nobu Kuala Lumpur Level 56, Menara 3, Petronas Persiaran, Kuala Lumpur City Center.

Untuk tempahan hubungi +03-2164 5084 atau WhatsApp kepada 019-389 5085.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.noburestaurants.com/kuala-lumpur

Your email address will not be published. Required fields are marked *