Diari – Takhlukan Baru St. Regis

Galeri DEKO, GLAM DEKO

Diari – Takhlukan Baru St. Regis

988

Rangkaian hotel mewah St. Regis mengumumkan takhlukan terbarunya di Asia, St. Regis Hong Kong. Simbolisme aras baru untuk generasi masa hadapan dan mercu tanda di Hong Kong, St. Regis berlokasi di daerah komersil tersibuk, Wan Chai, berdekatan dengan Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC) dan hab utama untuk institusi kebudayaan tempatan dan asing.

 

St. Regis Hong Kong dipersembahkan dalam gaya kotemporari unik diselangi unsur warisan dan budaya tempatan oleh pereka, André Fu. André Fu mewujudkan atmosfera kediaman moden sama seperti St. Regis New York sesuai untuk pertemuan perniagaan dan juga destinasi untuk orang berkumpul dan bersantai.

 

St. Regis Hong Kong memayungi 112 unit kamar penginapan dan 17 suite signatur berukusan 538 hingga 2, 583 kaki persegi. Pengunjung berpeluang mendapatkan khidmat layanan 24 jam butler dan servis e-butler sebagai fasiliti tambahan.

 

St. Regis sememangnya terkenal dengan pengalaman gastronomi menakjubkan, di St, Regis Hong Kong; pengunjung boleh menikmati hidangan mewah Perancis di restoran L’Envol kendalian chef bintang Michelin atau makan malam hidangan Cina di Rùn.

 

Maklumat lanjut dan tempahan bilik boleh dibuat di www.stregishongkong.com

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

St. Regis Hong Kong terbina megah di tengah-tengah kesibukkan daerah komersil, Wan Chai berdekatan Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC).

Your email address will not be published. Required fields are marked *