Libur – Butik Hotel Warisan Sis Senses Duxton, Singapura

GLAM DEKO, Santai

Libur – Butik Hotel Warisan Sis Senses Duxton, Singapura

349

Teks : Suhana Desa
Gambar : Six Senses Duxton

 

Berlokasi di Tanjung Pagar, Anouska menjelmakan sebuah hotel ikonik berkonsepkan butik hotel dengan sentuhan kontemporari dan nilai sejarah seni bina asal deretan rumah kedai warisan yang telah dipulihara semula. Para tetamu yang menginap di sini bakal menerima elemen ‘kejutan’ tatkala melangkah masuk ke lobi hotel dengan garapan unsur ‘drama’ yang dicetuskan hasil jalinan warna hitam, emas dan kuning yang kuat, dilapisi skrin oriental dan kertas dinding kaligrafi daripada koleksi peribadi Anouska.

 

Seni Bina Warisan

 

Reka bentuk bangunan asalnya dibina pada awal abad ke-19, mempunyai 49 buah bilik penginapan yang terletak di lapan bangunan tiga tingkat telah direka bentuk semula oleh Anouska Hempel. Hotel ini perlambangan identiti yang kuat, telah dipulihkan kepada seni bina asalnya- yakni bermain tema warna kuning dan hitam, dengan pengaruh oriental yang kaya dengan rasa mewah dan glamor pada setiap sudut ruang. Untuk projek ini, kerjasama antara Zonca International dan Anouska Hempel menghasilkan satu siri lampu yang dirancang untuk ditempatkan dalam setiap ruang bagi menyuntik ambien dan inspirasi artistik penuh gaya.

 

Ruang Makan

 

Restoran Yellow Pot – restoran dan bar yang terletak bersebelahan ini dilengkapi dengan palet menarik, masih kuat mengetengahkan gabungan warna hitam, emas dan kuning yang terkenal sebagai signatur Anouska dalam setiap sentuhan dekorasi ruang hotel yang lain. Sebagai pencinta rona emas, Anouska juga menampilkan kertas dinding yang memaparkan indenture bahasa Inggeris abad ke-18 dari koleksi peribadi Anouska untuk menghiasi ruang restoran, yang dijalin bijak bersama skrin kayu berkonsepkan oriental moden didominasi warna hitam.

 

Kamar Beradu Mewah dan Eksotik

 

Ruang penginapan jenis Shophouse dan Nutmeg diberi sentuhan dalam gaya monokrom hitam dan putih, menggambarkan warisan Singapura sambil mengekalkan unsur kontemporari moden. Pilihan ruang kamar jenis Opium pula direka mewah dengan dominasi dinding hitam dramatik yang diperhebat bersama penyatuan warna emas dan kuning. Tidak ketinggalan penggunaan kertas dinding yang menampilkan tulisan kaligrafi Cina sebagai penyeri menghiasi dinding. Ruang penginapan Suite seperti Opium Suite dan Pearl Suite menampilkan kemasan eksklusif fabrik, koleksi lampu dan perabot yang dipilih dengan teliti untuk mencipta mood ruang mewah dan lebih eksotik ini.

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Megah tersegam, seni bina hotel Six Senses Duxton, Singapura dalam jalinan warna hitam, sepuhan emas dan kuning terang. 

Your email address will not be published. Required fields are marked *