Audemars Piguet Memberi Tribut Rekaan Berusia 40 Tahun Mereka

Fesyen, GLAM Horologi

Audemars Piguet Memberi Tribut Rekaan Berusia 40 Tahun Mereka

69

Arloji wanita saban tahun mula diberi perhatian yang lebih dari segi rekaan, stail dan kepentingannya sebagai aksesori buat wanita-wanita waktu ini.

 

Bagi meraikan ulangtahun ke-40 rekaan ikonik Royal Oak mereka, Audemars Piguet telah memperkenalkan Royal Oak Frosted Gold untuk meneruskan legasi rekaan terkenal mereka itu.

 

Carolina Bucci bersama Jacqueline Dimier

Jam tangan ini diberi nafas baru dengan kolaborasi bersama pereka perhiasan Florentine, Carolina Bucci sebagai tribut kepada wanita-wanita yang pernah menjadi sebahagian daripada legasi Royal Oak yang dikeluarkan 40 tahun yang lalu hasil Jacqueline Dimier.

 

Melalui gaya yang lebih kontemporari, rekaan terbaru ini memperkayakan kepakaran Audemars Piguet dalam memanipulasi teknik-teknik pembuatan barang perhiasan yang menawan.

 

Ciri utama Royal Oak Frosted Gold ini terletak pada kilauannya hasil proses rawatan daripada teknik menempa emas kuno yang dikenali sebagai teknik Florentine. Ini membolehkan jam tangan ini menangkap dan memantulkan cahaya.

[envira-gallery id=”68103″]

Ciri-ciri lain termasuklah dua rona warna: emas putih dan merah jambu 18 karat dengan kristal sapphire, dan salutan luminescent pada dail.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *