GLAM Weddings: Nelydia Senrose

Berita, GLAM Weddings, Personaliti

GLAM Weddings: Nelydia Senrose

179

Keramahannya yang sentiasa mengukir senyuman tatkala melihatkan sesiapa sahaja menjadikan dia kelihatan begitu disenangi. Pagi itu dia menyarung dress panas ringkas, hadir bersama pembantu peribadi dan pengurusnya. Memasuki
ruang persalinan, dia yang teruja melihat Syed Faizal menanti bersama barisan produk Lancome untuk menyerlahkan lagi keanggunan gadis berwajah manis ini. Sementara menanti dia dirias sempat juga saya bertanya mengenai rutin penjagaan kulitnya. Dia yang kini sedang dalam proses menggunakan rangkaian Genifique oleh Lancome ternyata teruja berkongsi mengenai peningkatan kondisi kulitnya. Ditambah lagi dengan hari bahagia yang hampir menjelang, sememangnya itulah yang dimahukan oleh semua bakal ratu sehari. “Mengerjakan urusan perkahwinan ini sebenarnya agak memberi tekanan walaupun dalam masa yang sama ia menyeronokan. Kadang kala tanpa diduga akan tumbuh ruam-ruam atau jerawat kecil di wajah yang mungkin disebabkan oleh tekanan yang dihadapi. Ditambah pula dengan kurangnya masa tidur kerana tuntutan kerja atau penjagaan yang kurang teliti pada wajah seperti tidak menanggalkan solekan dengan betul-betul rapi akhirnya meninggalkan kesan pada kulit wajah. Dalam masa yang sama kulit saya begitu mudah memberi tindak balas pada produk yang tidak bersesuaian. Rezeki saya ketika itu, Lancome hadir dan menawarkan Genifique yang sesuai untuk kulit wajah yang sensitif. Saya diminta mencuba dahulu pada kulit yang sedang menghadapi masalah ketika itu,” ujar Nelydia yang turut mengakui pada beberapa percubaan awal, kondisi kulitnya berubah menjadi lebih bagus. Terus dia layangkan pesanan kepada pengurus, Megat Alfie mengenai betapa bagusnya Genefique.

 

“Biarpun baru sahaja menggunakannya saya dapat merasakan perbezaan. Kulit terasa lembut seperti baldu lantas Megat menetapkan untuk terus menggunakannya sehingga tujuh hari untuk mendapat melihat kesan yang lebih lagi. Sesudah memakai untuk satu tempoh masa saya merasa ia seperti tidak cukup berkesan untuk kulit saya, ia mula menyebabkan tumbuhnya kembali ruam pada wajah. Rupanya ia merupakan kesan kerana saya tidak mengikuti langkah penggunaan yang betul dengan rangkaian menyeluruh Genifique ini!” Dengan itu Nelydia terus ke butik Lancome dan mendapatkan analisa penuh untuk kulit wajah serta mendapatkan seleksi lengkap yang kulit wajah. Nelydia diberitahu yang dia mempunyai masa satu bulan untuk mendapatkan kulit yang berseri selain mahu menjalani proses ini bersama Lancome. “Saya harus mengikuti sepuluh langkah yang dimulakan dengan cucian wajah menggunakan pembersih, penyegar, pelembap termasuklah antaranya Advance Genifique dan Hydra Zen untuk memastikan kulit saya kembali pulih. Setakat hari ini (hari penggambaran) yang merupakan hari ketujuh penggunaan saya begitu berpuas hati dengan hasilnya. Biarpun saya bukanlah saya yang begitu tekun untuk mengikuti urutan penjagaan wajah sebelum ini, namun untuk hari istimewa nanti saya cekalkan diri mengikuti langkah yang telah ditetapkan,” ramah Nelydia saat saya tanyakan mengenai penggunaan produk Lancome sebagai persediaan dia menghadapi hari bahagia dan bergelar ratu sehari.

ASAM GARAM DUNIA LAKONAN

Wajah manisnya ini mula saya lihat di kaca televisyen ketika saya masih menuntut di sekolah lagi. Cerita bersiri Spa Q yang menjadikannya sebagai salah seorang watak tambahan ini adalah antara kemunculan awal wanita yang bernama Nik Zaris Nelydia Nik Sen namun masih meninggalkan impak hingga ke hari ini. Namun sebenarnya tersembunyi kisah di sebalik watak lakonan itu yang sempat saya cungkil saat meluangkan masa sebentar dengan pelakon berwajah manis ini. Kebetulan ketika saya sedang sibuk menyiapkan kisah lembar hadapan edisi ini, tersiarnya drama bersiri yang turut mendapat perhatian. Sambil berborak semestinya soalan pertama yang saya ajukan apakah kali pertama bakatnya dikongsi di kaca televisyen.  “Bercerita mengenai penampilan sulung saya, benar kata anda ia bermula menerusi drama bersiri Spa Q yang saya lakonkan ketika berusia 12 tahun. Bermula dengan menghadiri sesi ujibakat, saya pada awalnya ditolak mentah-mentah kerana faktor usia. Pihak produksi tidak mahu proses penggambaran terganggu dengan komitmen persekolahan saya. Lebih sedih lagi apabila ia dilakukan di khalayak yang di hadiri oleh pelbagai individu yang juga hadir untuk uji bakat tersebut. Namun saya masih diminta untuk hadir ke sesi uji bakat lain untuk watak sampingan. Kebetulan kakak saya mahu mencuba nasibnya, lantas saya pergi menemaninya. Walhal saya tidak berminat lagi selepas menghadapi penolakan depan mata sebelum itu. Ketika menemani kakak, mereka meminta saya untuk melakukan uji bakat sekali lagi namun saya sudah berpatah hati. Setelah dipujuk saya hanya melakukan secara suka-suka. Dua minggu kemudian saya diberitahu yang saya mendapat peranan tersebut. Terkejut namun itulah bagaimana semuanya bermula,” kongsi Nelydia mengenai penglibatan awalnya dalam dunia lakonan.

Sejujurnya saya tidak menafikan wajah Nelydia sering sahaja menghiasi layar televisyen dengan drama dan siri
yang mendapat perhatian umum. Lakonan yang bersahaja ditambah pengalamannya di dalam industri yang dikumpul sejak dahulu sememangnya terserlah setiap kali saya melihat lakonan terbarunya. Lebih saya kagumi lagi dia jarang terpalit kontroversi mengenai lelaki dan kisahnya lebih menjurus mengenai kerjaya. Kini bukan hanya Nelydia, industri turut diserikan
kehadiran dua lagi ahli keluarganya yakni Uqasha Senrose dan Raysha Rizrose selain kehadiran sepupu mereka Octavia dan Aprena Manrose. “Saya tidak pernah rasakan saya sebagai pembuka pintu rezeki untuk adik beradik saya yang lain ke dalam penglibatan mereka dalam dunia seni. Saya rasa bahagia untuk mereka namun sebenarnya waktu pembabitan kami adalah waktu yang berbeza. It’s a different era, different environment, a different generation altogether. Walaupun saya yang pertama berada dalam industri tetapi keseronokan bekerja di dalam industri yang sama seronok dan kami boleh banyak berkongsi
mengenai pelbagai perkara. Ia menjadikan kami faham sesama sendiri apabila berbicara mengenai sesuatu topik dan secara tidak langsung ilmu mengenai dunia lakonan dan pekerjaan itu semakin bertambah dan luas. Kini ditambah dengan kehadiran sepupu kami ia bagaikan bekerja bersama ahli keluarga jika berada di set penggambaran.” Tidak wujudkah persaingan di antara kalian dalam mendapatkan watak tertentu atau peluang bekerja bersama beberapa insan istimewa dalam industri seni? “Pada hakikatnya kami tidak pernah berasa akan wujudnya persaingan di antara kami malahan kami turut berkongsi peluang yang ada. Andai kata pihak produksi tidak dapat memenuhi jadual saya, saya tidak keberatan untuk meminta mereka memeriksa jadual Uqasha atau Raysha jika ianya bersesuaian. Sesudah itu, kami akan berbincang mengenai tawaran yang diberikan bersama dan mengapa saya perlu menolak tawaran tersebut. Secara tidak langsung ia memudahkan kami untuk mendapat tawaran watak dan bertukar idea mengenai sesuatu tugasan. Dengan itu setiap pencapaian yang digapai oleh mereka saya turut tumpang gembira dan bangga.”

MENYULAM HIKAYAT CINTA
Tetapi sejak awal tahun lagi, banyak portal mula bercerita mengenai kehadiran lelaki yang masih dirahsiakan dan hanya mahu dikenali sebagai Hafiz. “Hafiz mula saya kenali melalui seorang teman. Saya tidak berpunya ketika itu namun saya tidak pasti mengenai dia. Tidak pernah saya ajukan kepadanya ketika itu mengenai persoalan status. Pada pertemuan pertama itu ciri yang jelas terlihat padanya adalah ketinggiannya. Saya ketika itu dalam proses merawat hati yang terluka dan sedang menikmati kehidupan bersendirian tanpa terikat pada perhubungan. Dia mula bertanya tentang nombor telefon saya untuk
mengajak saya mencuba bersenam di gimnasium kerana saya telah menyatakan mengenai minat saya untuk mula berjinak-jinak dalam aktiviti kesihatan fizikal. Lagi pun saya tidak mempunyai teman yang boleh menemani tatkala hendak melakukan aktiviti sebegini. Dia mula menghantar pesanan ringkas beberapa kali tetapi tidak satu pun saya membalasnya.

Mungkin kerana perasaan ketika itu yang mahu lebih menenangkan diri sendiri.” Mengingatinya kini, Nelydia merasa agak kejam dengan tindakannya itu. Namun dia langsung tidak merasakan yang Hafiz sebenarnya benar-benar berminat dengannya memandangkan pesanan ringkas yang dihantar, bunyinya agak kasual dan bersahaja. Kandungan mesej kebanyakannya adalah ajakan untuk pergi ke gimnasium. “Dalam tempoh itu, ada satu masa yang saya pergi ke percutian ke kota London dia masih lagi menghantar pesanan yang mahu meminta pertolongan untuk saya mengambil barang yang dikirim oleh temannya untuk
di bawa pulang ke Malaysia. Namun saya masih tidak menjawab sebarang pesanan yang dihantarnya. Dia mula berhenti menghantar pesanan ringkas selepas itu. Sekitar dua bulan dari kepulangan saya dari percutian tersebut, pada suatu malam saya pergi berjumpa dengan teman yang dahulu memperkenalkan kami lantas saya tanyakan kepadanya untuk memperkenalkan saya kepada teman-teman lain yang masing belum berpunya.

Your email address will not be published. Required fields are marked *