AIREEN OMAR

Dari Wall Street ke AirAsia, seorang yang berkarisma, bersemangat dan memiliki profil yang hebat adalah antara kriteria dimiliki oleh Aireen Omar yang boleh dirumuskan mengenai syarikat penerbangan AirAsia ini. Di sebalik personnnya yang menenangkan, ketua pegawai eksekutif ini berkongsi luahan hatinya mengenai tanggungjawab besar yang dipikulnya disaat ini. Mula memikul tugasan CEO AirAsia sejak Jun 2012, Aireen akui cukup teruja dengan tugas ini.