ANDREA FONSEKA

Siapa yang tidak mengenali jelitawan kacukan Cina, Flipina, Spanyol, Belanda dan Sinhala (Sri Lanka) berasal dari Pulau Pinang ini. Perwatakannya ramah lagi bersahaja. Menyingkap titik mulanya pengibatan jelitawan berbintang Virgo ini, Andrea Veronica Fonseka atau lebih dikenali dengan panggilan Andrea, berkata “Sejak kecil saya menaruh angan-angan untuk dimahkotakan gelaran ratu cantik”. Namun, siapa sangka pada tahun 2004, impiannya menjadi kenyataan tatkala diri berjaya dimahkotakan Miss Malaysia Universe. Sungguhpun anggun rupa paras, pelakon, hos TV dan model Malaysia juga Singapura ini tidak kurang hebatnya. Biarpun aktif dalam bidang seni, bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS) ini, ilmu itu cantik saja tidak cukup untuk berjaya dalam karier!