CRISTINA SUZANNE

Gadis berbadan langsing mula dikenali melalui drama Bicara Hati arahan Erma Fatima. Pada usia 28 tahun, Cristina Suzanna Stockstill seolah-olah tidak merasakan diri ketinggalan berbanding artis lain. Baginya, kualiti dan kepuasan dalam bidang seni tidak diukur semata-mata atas tiket popular. Bunyinya mungkin agak klise, tetapi apa yang terbuku di benak fikirannya itu ternyata punya alasan tersendiri. Walaupun dikategorikan sedikit lambat berbanding rakan-artis yang lain, Cristina lebih mengutamakan kepuasan dalam satu kerja yang dilakukan.