10 Selebriti Ternama Hollywood Dan Kepercayaan Karut Mereka

Personaliti

10 Selebriti Ternama Hollywood Dan Kepercayaan Karut Mereka

961

Mungkinkah anda mempunyai ketakutan yang tidak rasional akan hari Jumaat bertanggal 13? Secara teknikalnya, terma buat itu dipanggil paraskevidekatriaphobia dan jika anda merasa atau pernah berasa sedemikian, rest assured that you’re not the only one! Selebriti-selebriti ternama Hollywood juga mempunyai percayaan karut tersendiri yang sering dibuat buah mulut ramai! GLAM himpunkan 10 selebriti popular Hollywood yang mempunyai kegerunan akan tahyul!

1 of 10

1. Taylor Swift

Penyanyi Bad Blood ini percaya bahawa nombor 13 merupakan nombor bertuahnya — beliau juga menganggap bahawa nombor tersebut memberi pelbagai impak positif, terutamanya buat kariernya.

 
Taylor pernah berkata, “Saya dilahirkan pada tanggal 13. Saya menyambut hari lahir ke-13 pada hari Jumaat, bertarikh 13 haribulan. Album pertama saya dianugerahkan emas selepas 13 minggu. Lagu pertama saya mempunyai intro selama 13 saat. Setiap kali saya memenangi apa jua anugerah, saya akan diberi kerusi ke-13, barisan ke-13, seksyen ke-13 atau barisan M, iaitu huruf ke-13 dalam abjad.”

Your email address will not be published. Required fields are marked *