Gemerlapan Birthday Bash Franck Muller di Kota Singa

Apa Siapa Di Mana?

Gemerlapan Birthday Bash Franck Muller di Kota Singa

892
1 of 35
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sempena meraikan ulang tahun jam tangan mewah Franck Muller koleksi Crazy Hours yang ke-15, GLAM dijemput ke parti Crazy Hours 15th Anniversary Asia Exclusive di kota singa.

 

Parti ulang tahun ke-15 jam tangan Franck Muller untuk koleksi Crazy Hours ini berlangsung pada sebelah malam. Dekorasi majlis ini penuh dengan kilauan glamor. Hadirin yang hadir ternyata semuanya pasang badan kena dengan tema pada malam itu yakni Fabulously Far-out.

 

Majlis dilihat begitu meriah dengan berbagai-bagai booth ‘Instagram Worthy’ untuk hadirin bergambar dan menariknya makanan pada malam itu menyajikan konsep makanan ‘Breakfast Like A King’ menawarkan makanan sihat dari bermacam-macam jenis bijirin, susu segar, kekacang, buah- buahan-buahan yogurt hinggalah ke makanan panas.

 

Jam tangan koleksi Crazy hours ini terkenal dengan suntikan‘youthfulness and fun’ di mana tali jam diperbuat daripada kulit ini dan disediakan dalam aneka warna antaranya hijau, merah, biru, dan hitam. Istimewa, untuk Crazy Hours 15th Anniversary Asia Exclusive jam ini hadir dengan tali keluli, keluli bertatah berlian, emas merah , emas merah berhias berlian, dan didatangi dengan tiga saiz berbeza iaitu 39.60mm x 55.40mm, 36.00mm x 50.40mm dan 32.10mm x 45.10mm untuk koleksi lelaki dan perempuan.

 

Kemuncak majlis tentunya dengan kehadiran Franck Muller sendiri merasmikan majlis dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang rata-ratanya adalah sosialit kota, selebriti yang merupakan pelanggan setianya.

Your email address will not be published. Required fields are marked *