Keraian Fesyen Meriah Dan Glamor Pada Malam GLAM x Glam Lelaki Fashion Night Out 2019 Bersama COACH

Apa Siapa Di Mana?, GLAMxCOACH

Keraian Fesyen Meriah Dan Glamor Pada Malam GLAM x Glam Lelaki Fashion Night Out 2019 Bersama COACH

1929
1 of 19
Use your ← → (arrow) keys to browse

Semalam berlangsungnya parti fesyen terbesar di Malaysia iaitu parti GLAM X GLAM Lelaki Fashion Night Out 2019 yang diadakan secara meriah dan cukup santai, apatah lagi dihadiri barisan selebriti terkenal, para influencer, klien-klien, pereka fesyen, juru solek serta orang-orang kuat industri fesyen tanah air. Untuk pengetahuan, GLAM dan GLAM Lelaki meraikan fesyen dengan keraian Fashion Night Out sejak dari tahun 2015 lagi. Bertempat di KL Performing Arts Centre (KLPAC) dan dengan tema ‘Rugged Romance’, edisi Fashion Night Out tahun ini berinspirasikan energi festival muzik terkemuka seperti Coachella dan Burning Man, yang sering menjadi destinasi liburan warga fesyen sedunia yang pasti menjadi perhatian!

 

 

 

 

 

Dan untuk tahun ini, pasti tidak terkecuali. Walau pun hujan agak renyai pada permulaannya, maklumlah ini pertama kali acara fesyen ini diadakan secara outdoor, namun ia tidak menghalang para tetamu dan jemputan untuk hadir sambil bergembira dan berhibur. Apatah lagi dengan putaran muzik yang disusun oleh DJ Twinkies dan DJ Victor Trixter, nyata membingit dan menghangatkan suasana.

 

 

 

Dianjurkan bersama barisan penaja yakni Coach, BMW dan Shiseido, acara pada malam itu dimulakan dengan opening gambit, persembahan memukau serta ‘berapi’ oleh Psycusix yang nyata memegun para hadirin. Sejurus persembahan mereka tamat, pengacara majlis, Thevanesh  mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang hadir, dan editor majalah GLAM Lelaki, Aziz Drami turut dijemput ke atas bagi menyampaikan sepatah dua kata. Namun malangnya, ketua editor GLAM, Suzie Adnan tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Antara tarikan menarik yang nyata mengujakan malam semalam adalah Coach Photo Prints, sudut gah paparan jentera terbaru BMW 3 series, bar solekan dari Shiseido dan Shiseido Arc, sudut untuk bergambar untuk Instagram serta area foto GLAM yang menawan.

 

 

 

 

 

Antara para seleberiti yang mencuri tumpuan hadir memeriahkan keraian semalam adalah seperti wajah muka depan April 2019, Nabila Huda yang serta rakan-rakan GLAM seperti Fazura, Scha Al Yahya, Alicia Amin, Rubini dan ramai lagi. Antara artis-astis yang turut hadir memeriahkan adalah Hael Husaini, Azrel Ismail, Awal Ashari, Ain Edruce, Farah Nabilah, Rubini, Daler Yusoff, Ezylnn dan ramai lagi. Klik seterusnya untuk gambar-gambar eksklusif daripada last night’s party.

Your email address will not be published. Required fields are marked *