Chrystal Tan

GLAM Societe, Personaliti, Popular

Chrystal Tan

250

Lahir dalam keluarga yang sememangnya terkenal sebagai mogul dunia perniagaan, sudah pasti amatlah ideal buat wanita yang kini membuka perniagaan berasaskan aksesori di bawah jenama Bxss Lady. Kebetulan penggambaran yang berlangsung ini menghampiri perayaan Tahun Baru Cina, jadi kami sempat dititipkan beberapa  petua serta pantang larang untuk tahun baru yang lebih gemilang. Kebetulan Chrystal percaya pada lambang bintang yang mampu membawa tuah. Kebetulan kami pula telah memilih helaian yang bercetak bintang pada keseluruhannya. Gayanya yang bersahaja namun dilengkapi tas Diorama saat hadir dalam padanan busana putih dan skirt bercetak jelas menyerlah di studio petang itu.

Biarpun dia tiba sedikit lewat, Chrystal terus bersedia untuk di solek dan di dandan sambil ditemani sahabat baiknya, Fariza yang sudah usai di potretkan. Keletahnya yang ceria namun terselit sedikit rendah diri membuat kan saya sempat bertanya beberapa soalan untuk lebih mengenali individu ini. Antara soalan yang saya ajukan adalah bagaimana wanita sepatutnya menyokong antara satu sama lain. “Saya merasakan budaya misygonist merupakan suatu yang telah di paten lama. Ia tidak membantu kepada perkembangan wanita. Kita sebagai wanita haruslah menjadi pendengar yang baik buat satu sama lain dan ini akan membina suatu sistem sokongan yang kukuh. Sifat ambil berat sebegini akan mejadikan  wanita akan sentiasa membantu satu sama lain untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu apabila wanita itu menghadapi cabaran, carilah sistem sokongan yang boleh dipercayai dan jangan takut untuk berkongsi cerita sebenar dan menunjukkan sisi lemah anda. Ingatlah semua dugaan akan berlalu pergi jika anda kuat menghadapinya.”

 

Penyelaras & Penata Gaya : Yana Baharudin  Teks & Pembantu Penyelaras : Shahril Hadi Halim  Arahan Seni : Mahirah Nadzlim Gambar : Keenky Yong Solekan : Syed Faizal Syed Noh & Tiar Zainal Dandanan : Fendi Sani & Ayang Kamell Riasan Kuku : Nails And Claws

Your email address will not be published. Required fields are marked *