Empayar Gergasi Datin Vivy Yusof

Personaliti

Empayar Gergasi Datin Vivy Yusof

454

Wanita yang satu ini memiliki empayar fesyen dalam talian yang pertama dan terhangat di Malaysia. Vivy Yusof pengasas bersama, FashionValet bersama suami tercinta terus meraih keuntungan bermula penjualan dalam talian. Kini melebarkan empayar perniagaan dengan membuka dua butik di pusat beli-belah Bangsar Village II dan di Pavilion. Kota metropolitan Singapura juga tidak terlepas dari genggamannya.

 

IKON MODESTY MILENIA Mengusahakan perniagaan e-dagang dunia fesyen, YBhg. Datin Vivy Sofinas Yusof, 29 lebih mesra disapa Vivy mula mengatur langkah sebagai penulis blog, menulis kerana minat, kini ia sumber rezeki buat jelitawan ini. Tahun ini mencatat tahun ke-10 Vivy menulis dan langsung tidak terlintas baginya untuk mengibarkan jalur putih memandangkan wanita ini sangat sibuk dengan perencanaan hariannya. Jika dahulu dia menulis mengenai kehidupan secara keseluruhannya. Kini tulisannya lebih terarah kepada memberi inspirasi kepada wanita muda di luar sana untuk bergiat dalam dunia keusahawanan.

 

“FashionValet mula beroperasi pada tahun 2010 yang mana ditubuhkan hasil kolaborasi saya bersama suami. Kala itu kami baru berusia 23 tahun. Kini menyandang posisi sebagai Ketua Pengarah Kreatif, semua maklum syarikat ini berteraskan perniagaan fesyen dalam talian. Namun, tidak semua suka membeli secara dalam talian sebaliknya ada yang memilih untuk ke butik kerana pengalamannya berbeza. Dengan demikian, kami membuka butik di pusat beli-belah Bangsar Village II dan di Pavilion serta di [email protected] di Jalan Orchard, Singapura. Punya pejabat di Kuala Lumpur, Jakarta dan di kota Singa, kami menghantar kiriman bungkusan kepada pelanggan di seluruh dunia pada setiap hari. Alhamdulillah, berbekalkan tenaga pekerja seramai 150, saya kini bertanggungjawab untuk menyelia imej jenama lantas menguruskan hal yang berkaitan dengan dunia perhubungan awam,” cerita graduan undang-undang dari London School of Economics (LSE) ini.

 

Diikuti seramai 1.5 juta di Instagram, blog Proudduck.com menerima kunjungan bulanan mencecah 250 ribu lantas layak dijulang sebagai salah satu blog terkemuka tempatan. Diundang pelbagai medium media baik antarabangsa dan tempatan, BBC menjemputnya bagi mengulas wacana keusahawanannya yang sukses. Vivy turut dianugerahkan Tokoh Wanita 2016 dalam kategori Ahli Perniagaan Muda sempena Anugerah Tribute to Women Malaysia 2016 oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan juga diangkat sebagai Ikon tahun 2015 oleh Puteri Umno.

 

“Kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan adalah membenarkan diri untuk terus diselubungi ancaman daripada pesaing dengan menawarkan benda yang sama di dalam pasaran. Sepanjang enam tahun mengelola FashionValet, saya rasa semua orang perlu stay true to their roots. You be you, and I’ll be me. Saya belajar untuk kikis rasa bimbang dan terus bersaing secara sihat dengan membawakan perubahan dan kala diduga kegagalan, saya tidak emosi dan sensitif. Saya orang yang realistik. Jadi apabila melakukan kesilapan, saya bangkit dan belajar. Kita tidak boleh mengundur masa, itu sudah pasti. Life is short, you get back up and do it again. I don’t have time to be sad,” tutur Vivy yang juga disunting Louis Vuitton sebagai Friend of Louis Vuitton.

&nbsp

Di samping itu, wanita ini juga mempunyai rancangan realiti menerusi saluran Astro Ria dan kini sedang dalam penggambaran untuk musim kedua​ selepas debut Love, Vivy mendapat sambutan hangat. “Melihat pada peredaran zaman, cabaran terbesar wanita muda di luar sana adalah untuk mencari keseimbangan dalam kehidupan. Wanita masa kini dambakan segala-galanya. Baik dari segi kewangan, teman hidup, anak-anak mahupun yang bersifat kebendaan seperti memiliki tas tangan mewah ataupun gaya hidup glamor. Dengan melihat muat turun gambar seseorang di laman sosial sedikit sebanyak mereka punya idea yang mana kehidupan itu sempurna. Walhal, kita semuatahu​… everyone paints their perfect life of themselves on social media which it’s just a pinch of salt.

 

Apa pun kata Vivy, menjadi seorang usahawan adalah penting untuk kekal bertenaga. Beban yang dipikul adalah besar kerana selain fikirkan masa depan perniagaan kita turut bertanggungjawab terhadap keluarga. There’s only one you! Therefore, you need a lot of energy and stay healthy. Kita sering mendengar ungkapan wanita boleh hidup tanpa lelaki dan boleh melakukan segalanya seorang diri. Itu tidak benar. Setelah menjadi ibu saya sedar, it’s true that the career will take us a step behind while adjusting to motherhood. We can’t do it all alone. Lebih-lebih lagi bila anak masih kecil. Para ibu perlu jadi lebih realistik. Tiada wanita mampu menjadi ibu yang sempurna. There are so many people rooting for me and with kids I need a lot of help. Saya punya pembantu, ibu dan ibu mertua untuk membantu saya kala sibuk di tempat kerja. Sebagai seorang ibu memberi alasan dengan menggunakan ‘anak’, I feel bad. Saya tidak galakkannya. Namun, anak-anak senantiasa menjadi keutamaan di kala kecemasan. Nasihat saya untuk wanita muda yang ingin mengejar cita-cita, dakilah setinggi yang mungkin sebelum anda mempunyai anak.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Disember 2016

Your email address will not be published. Required fields are marked *