GLAM Hijab: Elfira Loy

Berita, Cover, GLAM Hijab, GLAM Societe, Personaliti

GLAM Hijab: Elfira Loy

536

Kurang 24 jam selepas rakaman sampul hadapan ini berlangsung Elfira dan suami Muhd Faris Khairol Anuar mengumumkan mereka hamil dengan cucu tunggal pertama untuk kedua belah keluarga (El sudah berkongsi perihal ini terdahulu namun memberi amanah kepada redaksi GLAM untuk katup rahsia sehingga dia sendiri bersedia untuk mengumumkan on her own terms), jadi anda boleh bayangkan keterujaan kedua belah keluarga.

“El pada mulanya tidak berapa pasti dengan kehamilan ini. Kala pertama kali bertemu doktor, pihak mereka juga belum boleh memberi kepastian seratus peratus maka El ambil keputusan untuk menyimpan dahulu berita ini kerana tidak mahu beri harapan terutama sekali kepada Faris,” bilang El. Setelah berkali-kali menjalankan pemeriksaan sendiri dirumah dengan keputusan yang terlalu rawak El decided untuk diamkan diri dan bertemu semula doktor pasca pulang berbulan madu keluar negara. Kini sudah sah, zuriat sedang berumah dan membesar didalam rahimnya. Walaupun gembira dengan berita zuriat ini kedua Elfira dan Faris masih mahu take it slow dan day-by-day. Tidak tergopoh-gapah membeli barangan bayi dan persediaan yang terlalu over-the-top. “Kami mahu ambil masa ini untuk menikmati setiap hari bersama dipenuhi momen-momen bahagia yang boleh kami kongsikan cahaya mata yang bakal tiba ini.” Oh, sungguh indah.

Ambang tahun baru 2019 Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri sah bergelar yang halal untuk sang pencinta Muhd Faris Khairul Anuar dalam persalinan serba putih berkolar Victorian rekaan Rizman Ruzaini disolek jemari emas Najeeb Azami dan dinatarkan pelaminan indah Nas Great Ideas. Semuanya bagaikan mimpi gadis yang diceduk daripada kisah dongengan si pari-pari. Namun persandingan indah ini datangnya tidak disenangi beberapa pihak, nah! Childish kiranya mahu mengungkit kembali kisah lampau yang sudah sedia jadi sejarah. Elfira Loy tidak mungkin teleng pusing melihat yang lampau kembali kerana dihadapannya punya sinar yang terlalu cerah dan indah bersama janji-janji hari esok yang pasti mencatat lebih kemanisan halwa hidup.

Kalau dihitung usianya masih terlalu pucak, cuma 25 tahun namun berpengalaman berlipat ganda daripada mereka yang dua kali lebih banyak usianya. Usia 12 tahun mungkin anak-anak kecil masih sibuk bermain permainan video atau mengirimkan
pesanan cinta untuk teman lelaki pertama, El sudah aktif di set teater sebelum menjunam masuk ke lensa dramatis di bawah arahan Mazri Musafa dalam drama Tentang Bulan; The Series. And her career skyrocketed ever since.

Pada 2011 El mendapat pengakuan atas bakatnya kala menang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita terbaik untuk Kum Kum hasilan sutradara Michael Ang dan membawa watak sebagai Mariam. Tahun yang sama juga melihat Namanya tercalon di Anugerah Bintang Popular 2011 untuk kategori Pelakon Televisyen Popular dan Pelakon Wanita Popular (Online). Kemegahan besar tidak melalaikan El untuk terus dalam pacuan cita citanya. Penampilannya mula menjadi pemerhatian jenama-jenama fesyen lokal dan antarabangsa, menyenangi kemewahan jenama Dior, Chanel dan Saint Laurent antaranya meletakkan El
antara bintang stail masakan Maybelline New York menyuntingnya dua kali yakni pada 2012 sebagai The New Face of Maybelline New York (Malaysia) dan sekali lagi pada 2018 sebagai Digital Collaborator Maybelline New York dan membawanya terbang terus ke Minggu Fesyen New York untuk melihat sendiri pertunjukkan fesyen dibawah jenama
kecantikkan itu.

“El bangga melihat dunia fesyen global sudah tidak melihat hijab itu sebagai oppressive sebaliknya membebaskan momokan. Jenama seperti MaxMara, Nike, Marc Jacobs semuanya lebih progressive dan memecahkan kepompong kolot itu. Hijab bukan sekadar tanggungjawab dan suruhan namun apabila ia melangkah ke arena stail dan fesyen beri satu visi berbeza pada mereka yang tidak mengenali Islam,” jawab Elfira yang juga melihat permulaan wanita dan hijab dalam dunia global sesuatu yang positif dan boleh digambarkan sebagai dakwah dalam cara moden. Ya, curriculum vitae Elfira Loy sarat sama pelbagai agenda, namun sejak akhir ini kerjaya seninya sedikit suam, hiatus maybe? “Agak lama ambil masa untuk fokuskan pada perniagaan, hal peribadi, keluarga dan media sosial. Niatnya mahu kembali semula dalam dunia seni pada 2019 ini, namun rezeki
Allah berikan dalam persembahan yang berbeza. El sempat merakam beberapa telemovie yang bakal disiarkan tahun ini, InsyaAllah namun I have to say my priorities currently is on my baby, husband and family,” bilangnya.

Tahun ini juga menjadi pertama kalinya menyambut Ramadan bersama suami “Dahulu Mama yang ligat memastikan adik-beradik semua siap siaga bersahur dan berbuka puasa, namun kini ia jadi tanggungjawab El untuk sudahkan semua, namun cukup bertuah kerana Faris seorang lelaki yang hands-on dan tidak kekok masuk ke dapur mahupun membantu sudahkan persiapan. Air suam bersama beberapa biji Tamar sudah cukup untuk Faris kala bersahur, El yang perlu alas perut lengkap dengan nasi dan lauk-pauk, lembik kiranya tidak bersahur lengkap. Kami juga cuba mencipta tradisi sendiri dengan memastikan berbuka sama pada pertama Ramadan, just us two. Tapi sayangnya El tidak mampu untuk berpuasa penuh
kala mengandung kerana punya serangan gastrik, maka ambil jalan selamat dengan berselang seli menunaikan ibadah ini,” jawab El panjang lebar.

Bila disoal kiranya pernikahan selama empat bulan ini mengubah persepsinya terhadap Faris dan marriage itself, Elfira melihatnya daripada sudut yang berbeza, mereka mahu mencipta gaya hidup yang tersendiri dan mengambil asuhan daripada kedua ibu bapa masing-masing lantas dilute it to make it more their way. “Ketika berkawan dan kini bergelar yang sah bawa banyak pelajaran baru dalam mengenali satu sama lain, banyak yang Faris tidak tunjukkan pada El dahulu and I accept it as a happy surprise. Faris punya sifat leadership yang baik amat, dia juga ligat buat kerja-kerja rumah dan tidak procrastinate hal yang penting. Dia lelaki zaman kini yang tidak punya toxic masculinity dan ini menjadikan El mahu jadi seorang isteri yang lebih baik untuknya. Seadilnya El juga ada menyorokkan beberapa personal traits daripada Faris, now he has to deal with my emotional parts, something my brother has advise him on. El tidak pandai untuk palsukan emosi sendiri terutama kala penat dan rimas namun dia bijak bila perlu ambil perhatian atau beri ruang untuk El lepaskan lelah ini,” jawab Elfira.

 

Setakat empat bulan bersama sebagai isteri dan suami, mereka belum pernah lagi bertengkar besar, walaupun kedua mereka
alpha dalam membuat keputusan dan mencapai kata sepakat. Sebelum bergelar suami isteri Elfira tidak menyangka sebuah
perkahwinan itu mencabarnya dengan perkara yang bukan manis-manis cuma, ketika pindah keluar daripada bumbung mama dan hidup bersama suami mengajar El untuk menjaga degilnya dan menerima cabaran baru dan mendewasakan mereka berdua.

“Mama banyak titipkan nasihat untuk El, antara yang paling lekat di minda pesanan Mama adalah jangan pernah putuskan hubungan dengan keluarga dan Allah, ini tiang penguat sebuah kebahagiaan. Semasa El mengenali dan masuk kedalam keluarga besar Faris berbeza cara mereka dan itu satu perkara yang El perlu belajar dan adapt” Bilang Elfira perihal memajmukkan dua keluarga ini. Adil kira dikatakan mereka menyempurnakan satu sama lain? “El merasakan untuk melihat seseorang itu sebagai pelengkap diri sendiri adalah suatu yang bahaya, kita perlu meletakkan kebahagiaan itu pada diri sendiri dan tidak berharap pada orang lain. We as women compliment what the men brings to a relationship, they aren’t perfect too. Manusia tiada yang sempurna dan komunikasi dua hala sangat penting untuk memastikan we are in the same page.Apa yang El belajar daripada hubungan lalu yang gagal adalah untuk luahkan rasa tidak senang itu daripada memendamkan ia dengan harapan pasangan kita tahu hanya daripada gerak geri sendiri. Berfikiran positif dan mengambil berat fasal perasaan satu sama lain menjadikan mereka sebuah unit yang kuat, dengan bakal menyambut orang baru dalam sebuah keluarga kecil ini membawa sama rasa yang berdebar, mahu sambut kehadirannya dengan baik sekali.”

Bilang Elfira lagi Rezeki Elfira dan kandungannya bertambah murah apabila dia disunting sebagai wajah wakilan jenama Alhumairah Contemporary. Elfira selesa untuk berkongsi tudung jenama ini bersama 4.5 juta pengikutnya di Instagram kerana ia sebuah produk yang selesa amat, bersih dan mementingkan pilihan fabrik dan berkualiti tinggi. “Banyak jenama dan label yang menghampiri El untuk berkolaborasi sama mahupun sekadar naikkan produk mereka di media sosial, namun El harus pastikan setiap satunya “layak” untuk dikongsikan kepada pengikut dan tidak cuma buta-buta semata” Jawab Elfira, and that’s why her Instagram game is strong! Kualiti menjadi pilihan dan bukan kuantiti semata-mata, semua rezeki ini menjadi mata pencarian buat keluarga muda mereka, maka prinsip El untuk menjaganya kemas dan ikhlas harus dipuji.

Teks IQBAQ V AZWAN MUHTARAM Penata Gaya YANA BAHARUDIN Penata Hijab IERA NADZLIM Pengarah Seni ZULKIFLI SULAIMAN Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO Pembantu Penyelaras YONG SUFIA Solekan TIAR ZAINAL MENGGUNAKAN YVES SAINT LAURENT BEAUTY

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *