Most GLAM 2017: Qistina Taff

Personaliti

Most GLAM 2017: Qistina Taff

88

Muda, berwawasan, berani dan bertuah adalah ungkapan tepat mencirikan siapa wanita bernama Qistina Taff. Bersama-sama suaminya, Chef Najib Hamid yang juga Pengarah dan Chef Eksekutif Serai Group, pasangan ini berbangga dengan kejayaan yang diraih menerusi dunia kulinari di Lembah Klang. Baginya menguruskan empayar F&B agak mencabar justeru mereka perlu memberi fokus dan perhatian pada segenap aspek.

 

Bagi Qistina selain menyediakan makanan yang berkualiti daripada segi rasa mahupun rupa, penting untuk restoran itu kekal beroperasi atau sustained. Mereka bukan sahaja dapat mengekalkan operasi malah melebarkan empayar. “Di bawah payung Serai Group kini terdapat tujuh restoran iaitu Serai, Jibby East, Jibby & Co, Jibby Chow, Serai Thai, Serai Catering dan Serai Satay Bar yang masing-masing menawarkan kepelbagaian cita rasa tersendiri. Kekuatan kami pastinya berpaksi pada pengalaman pengendalian servis yang melibatkan kulinari dan saya akui operasinya cukup mencabar. Namun begitu, saya bersyukur kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga
yang sentiasa memastikan setiap urusan berjalan dengan lancar.”

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *