Taruhan Neelofa Mengangkat Namanya Ke Persada Dunia

Personaliti

Taruhan Neelofa Mengangkat Namanya Ke Persada Dunia

123

Kisah selebriti tempatan Neelofa pula berbeza dengan mempertaruhkan tudung segera sebagai bual bicara utama perniagaannya. Mempelopori dunia fesyen hijab terus membawa pulangan yang melimpah. Dipasarkan dalam rangkaian harga mampu milik, seleksi tudung Naelofar Hijab tidak terlepas daripada dipasarkan dalam versi palsu! Ini terbukti dengan adanya produk tiruan, seleksi tudung Naelofar wajar dijulang keunggulannya. Kata Neelofa tiada kerugian cumanya pengguna tertipu membeli produk tiruan.

 

INFLUENCER SELEBRITI Di samping Vivy Yusuf, Noor Neelofa Mohd Noor, 27 atau lebih dikenali dengan nama seni sebagai Neelofa juga dianugerahkan Tokoh Wanita 2016 menerusi kategori Perniagaan, Anugerah Tribute to Women Malaysia 2016. Hadir bersarung ball gown sarat perincian bersulam mainan fabrik hasil pendatang baru Zaimi Zulkafli. Neelofa berjaya menangkap pandangan setiap yang hadir malam itu. Bermula dengan Dewi Remaja, kemudian melayari bahtera dalam bidang hiburan sebagai pelakon seterusnya menjadi pengacara. Dia bijak merancang perjalanan kerjayanya dan kini bergelar usahawan wanita berjaya. Menerusi kapsyen gambarnya di Instagram yang dimuat turun malam Anugerah Tribute To Women 2016, Neelofa berkata “Success isn’t overnight, it takes years. I won’t deny, it’s very challenging to start your own business but I always remind myself that the harder it gets, the better you’ll be. This award is not the end, it’s only the beginning of Naelofar Hijab’s success!”

 

Bermula dengan bisnes kasut, kemudian hadir dengan tudung segera yang berjaya menambat hati ribuan wanita langsung berkembang mempertontonkan himpunan abaya dan Lofalens. Tidak terhenti di situ, label Naelofar kini menawarkan seleksi beg tangan, tampil dengan minyak wangi dan terbaru membentangkan hijab Maryam yakni tudung labuh paras pinggang yang memenuhi kriteria seorang wanita Islam namun tetap moden. “Datang dari keluarga yang berorientasikan perniagaan, saya sebenarnya menunggu saat sesuai untuk melangkah ke dalam dunia perniagaan. Saya suka fesyen dan sudah tentunya punya semangat yang utuh untuk berniaga. Maka, saya gabungkan keduanya.  Melalui transformasi gaya peribadi, saya pamerkannya menerusi seleksi selendang segera sebagai produk pertama di bawah label Naelofar Hijab.”

 

Masih teringat kala saya berkunjung ke Mood Republik tahun ini. Orang ramai berpusu ke gerai Neelofa yang sememangnya menjadi tumpuan untuk produk tudungnya yang dijual dengan harga mampu milik. Bukan saja diserbu pengunjung, malah saya difahamkan vendor yang turut sama berniaga meminta tapak berdekatan dengan gerai Naelofar Hijab. Itulah strategi perniagaan, saya kagum melihat fenomena peredaran fesyen hijab! “Saya dan rakan kongsi niaga punya visi untuk merevolusikan satu rekaan tudung supaya lebih praktikal dan mudah untuk dipakai. Ya, tidak terkira banyaknya sesi brainstorming, trials and errors! Akhirnya himpunan perdana tudung segera dipersembahkan pada tahun 2014. Menjual menerusi dalam talian dan bazar, ia diterima baik oleh golongan hijab lantas menjadi hits dan kini kami punya 100 stokis di Malaysia, Brunei dan Singapura. Pelanggan juga boleh bertandang ke butik kami di TTDI.”

 

Hampir tiga tahun berehat daripada dunia lakonan, Neelofa kembali menghiasi kaca televisyen di saluran Astro Ria di samping hero baru Malaya, Fattah Amin. Penangan drama Suri Hati Mr. Pilot menjadi bualan hangat netizen sekaligus menjadi trending di laman sosial! Tidak dinafikan keduanya punya aura yang tersendiri sehingga ada yang menitiskan air mata kala bertemu sewaktu sesi bertemu peminat. Tidak terhenti di situ, keserasian mereka membintangi drama ini terus dilanda kontroversi. Sekalipun ada rasa cinta berputik, saya percaya satu Malaya tidak menentangnya malahan dijulang sebagai new power couple!

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Disember 2016

Your email address will not be published. Required fields are marked *