Diet Sirtfood Bikin Adele Langsing

Berita, Cantik

Diet Sirtfood Bikin Adele Langsing

297

Baru-baru ini, dunia hiburan Hollywood digemparkan dengan beberapa keping gambar penyanyi popular Adele yang kelihatan sangat berbeza berbanding dahulu. Ramai mengakui terkejut dengan bentuk tubuhnya yang ‘terlampau’ kurus sampai nampak tulang selangka ketika percutiannya bersama penyanyi Harry Styles di Anguilla.

Foto: JOE BROWN/BACKGRID

Transformasi tubuh Adele nyata kelihatan sejak kemunculannya di majlis Billboard Music Awards tahun 2016. Adele dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22 kilogram. So, what’s her secret? Khabarnya, pelantun lagu Someone Like You ini mengamalkan diet sirtfood, diiringi dengan pilates dan rutin kecergasan, hasil ilham jurulatih kecergasan peribadinya, Pete Geracimo.

Kondisi tubuh Adele yang nyata mengejutkan ramai pihak.

Diet Sirtfood juga menekankan pemakanan yang mengaktifkan sirtuin iaitu sejenis protein yang membantu dalam mengatur metabolisme malah mengawal nafsu makan. Namum khabarnya, diet ini sangat berat dan ketat.

Apa yang perlu dilakukan secara berterusan dalam tempoh seminggu termasuklah:

1. Membataskan pengambilan 1,000 kalori dengan pengambilan tiga jus hijau dan protein untuk tiga hari pertama.

2. Untuk tempoh itu, dibenarkan menambah pengambilan kalori sehingga 1,500 termasuk makan dua kali sehari bersama dua gelas jus hijau.

3. Untuk fasa pemeliharaan pula seseorang itu harus makan tiga hidangan seimbang ditambah dengan senaman efektif bagi mendapatkan kesan yang diingini dan memberangsangkan.

Adele juga memaklumkan dia menggabungkan diet sirtfood dengan penambahan diet lain termasuk mengawal pengambilan karbohidrat serta gula. Diet sirtfood pertama kali dicipta oleh ahli nutrisi Inggeris bernama Aidan Goggins dan Glen Matten. Buku hasil penulisan mereka, The Sirtfood Diet, diterbitkan di Amerika Syarikat pada tahun 2017.

Sebelum dan Selepas transformasi Adele.

So, the question is do you dare to try it?

Your email address will not be published. Required fields are marked *