Memori Romantis di Butik Sinema Serba Mewah

Berita, Gaya Hidup, GLAM Life, Hiburan

Memori Romantis di Butik Sinema Serba Mewah

837

Bulan merai cinta, Februari menjelma lagi. Masih belum punya sebarang rancangan atau idea istimewa buat meraikan insan tersayang? Apa kata bawa si dia menonton filem menarik dalam ambien serba elegan dengan layanan eksklusif lima bintang. Aurum Theatre menawarkan pakej istimewa bersempena Hari Valentine. Anda boleh memilih untuk menonton tiga filem pilihan yakni Little Women, Birds of Prey atau Sonic the Hedgehog di ruang menonton (hall) jenis Getha Lux Suite, Comfort Cabin dan Escape Studios.

Sinema atau panggung wayang bukan lagi sekadar lokasi untuk menonton filem. Aurum Theatre adalah penjenamaan GSC Signature yakni sinema yang dipersembahkan dalam standard lebih tinggi.Sekaligus, menawarkan pengalaman menonton filem dalam atmosfera serba mewah dan elegan, diselaraskan dengan layanan eksklusif bertaraf lima bintang. Pengunjung boleh memilih untuk menonton dalam ruang menonton atau hall yang direka unik mengikut tema tersendiri yakni Getha Lux Suites, Comfort Cabin atau Escape Studio. Bahkan Aurum turut membina hall privasi lengkap dengan skrin besar yang dibuka untuk tempahan bagi mengadakan acara tertutup seperti mesyuarat, majlis korporat atau keraian istimewa.

Getha Lux Suites direka selesa dan empuk  apabila menonton filem menarik.

Ruang menonton (hall) Getha Lux Suites menjanjikan pengalaman sinematik berbeza. Kolaborasi bersama jenama tilam terbaik Getha, tempat duduk berteknologi dua motor boleh dilaras perbaringan sepenuhnya rekaan arkitek Itali, Marco Fumagalli dilapisi tilam empuk kusyen mewah rekaan khas daripada Getha. Bantal dan selimut bulu rekaan eksklusif dari Getha menjamin keselesaan optimum ketika menonton. Ruang ini turut dilengkapi teknologi terkini dan fungsi tambahan – meja tepi bersekali lampu, pengecas tanpa wayar, USB untuk peranti mudah alih dan laci untuk menyimpan barangan peribadi. Pelanggan turut boleh menggunakan butang panggilan servis untuk mendapat bantuan peribadi.

Jaminan kebersihan diberikan pada setiap pelapik tilam di Getha Lux Suites yang dilindungi antibakteria nano perak lalu set bertukar baru pada setiap sesi tayangan.

Bagi yang biasa mengunjungi GSC Signature-Gold Class, ruang menonton Comfort Cabin adalah terjemahan baru. Direka dalam simetri elegan, unik serta menjanjikan pengalaman sinematik berkelas premium. Ruang kabin, kerusi boleh dilaraskan sepenuhnya dibaluti material kulit menjelmakan nafas klasik mewah. Binaan panel seakan kabin privasi membolehkan pelanggan berada dalam kedudukan selesa apabila menonton.

Comfort Cabin dilindungi binaan kabin mengekalkan privasi. Fungsi tambahan seperti ruang menonton lain – selimut bulu, butang panggilan perkhidmatan, dan USB untuk peranti mudah alih turut disediakan.

Escape Studio pula direka mengikut tema berbeza. Pelanggan boleh memilih tiga rekaan interior minimalis Scandinavian, pop retro pancawarna Warholmahupun imbauan gaya hotel The Grand Budapest. Escape Studio menyediakan rekaan tempat duduk boleh dilaraskan jenis LA-Z Boy Rockers sehinggalah sofa empat tempat duduk untuk menonton dan bersantai bersama keluarga atau sahabat handai.

Salah satu daripada tiga rekaan interior unik tersendiri di ruang menonton Escape Studio.

Bersempena Hari Valentine’s Day, Aurum Theatre menawarkan pakej istimewa iaitu pakej tiket bagi ruang menonton (hall) Getha Lux Suites berharga RM360 untuk 2 unit tiket menonton berserta hidangan gastronomi  daripada menu Aurum Pass dan snek tambahan V-Day; gourmet popcorn,  kek lava coklat bersama aiskrim dan strawberi bersama minuman moktel Valentine’s.

Rekaan interior minimalis Scandinavian di ruang menonton (hall) Escape Studio.

Manakala, pakej bagi ruang menonton (hall) Comfort Cabin dan Escape Studios berharga RM300 untuk 2 unit tiket menonton berserta hidangan gastronomi daripada menu Aurum Pass dan snek tambahan V-Day;  gourmet popcorn, kek lava coklat bersama aiskrim dan strawberi bersama minuman moktel Valentine’s.

Tiket pakej istimewa Hari Valentine’s Aurum Theatre boleh didapati bermula dari 4 Februari sehingga 16 Februari dan boleh ditebus guna bermula 13 Februari sehingga 16 Februari ini di Aurum Theatre, The Gardens Mall dan Aurum Theatre, The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *