Tingkatkan Pengalaman Beli Belah Di Lapangan Terbang Dengan #shopLAH

Berita, GLAM Plus, Popular, Santai

Tingkatkan Pengalaman Beli Belah Di Lapangan Terbang Dengan #shopLAH

348

Malaysia Airports, mengumumkan pelancaran kempen ‘Shop Like A Hero’ atau singkatnya #ShopLAH untuk menggerakkan strategi set semula komersial syarikat yang bakal menjadikan lapangan terbangnya sebagai destinasi yang serba mewah dan mengujakan. #ShopLAH mengajak pelancong untuk tiba lebih awal dan membayangkan lapangan terbang bukan sahaja sebagai sebuah hab pengangkutan namun menjadi destinasi premium membeli-belah dan menjamu selera di sana.

Sejajar dengan strategi set semula komersial Malaysia Airports, kempen #ShopLAH bertujuan mengangkat pengalaman beli-belah, jamu selera dan hiburan di lapangan terbangnya ke tahap premium yang lebih tinggi. Sehubungan itu Malaysia Airports akan memperkenalkan lebih banyak pembaharuan, jenama dan menawarkan barangan mewah yang hanya terdapat di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

 

 

Selain itu, Malaysia Airports mahu memperkemas bidang peruncitan dalam talian dan luar talian dengan mengadakan program e-ganjaran, kaedah pembayaran tanpa tunai dan memastikan akses internet percuma dan lancar di semua lapangan terbang itu.

Pengubahsuaian ini termasuk mengadakan zon runcit yang bakal mempermudah pengalaman beli-belah di lapangan terbang. Ruang runcit akan dibahagikan kepada pelbagai zon seperti fesyen, bebas cukai, retail-tainment dan jamu selera serta ruang Sense of Place di Malaysia Airports yang akan mula aktif apabila berlangsung pelancaran ‘Sense of Malaysia’ pada suku tahun kedua 2020 nanti.

Untuk kempen ini pilihan baharu runcit dan jamu selera telah diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL), di samping tarikan retail-tainment seperti HIMPUN 2019, Dior Backstage, Hershey’s Flotilla dan Licence to Win (LTW). Dijangka banyak lagi bakal dilakukan bagi bulan akan datang di lapangan terbang antarabangsa yang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching (KCH), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN).

Your email address will not be published. Required fields are marked *