Libre – Olfaktori Terbaru YSL Beauty

Cantik

Libre – Olfaktori Terbaru YSL Beauty

598

Wangian semestinya membangkitkan 1001 nostalgia dan kisah istimewa – baik dari aroma hangat hingga kelembutan bunga-bungaan, namun tidak ada yang bisa mengecapi kemewahan wangian terbaru daripada YSL Beauty Libre Eau de Parfum. Percikan Libre menghembus rasa nyaman musim luruh lalu meraikan kebebasan dan gaya keperibadian, menyuntik minda dengan serakan segar sempena merai musim baru.

 

LIBRE?

Libre Eau de Parfum adalah haruman baru yang meraikan kebebasan, penegasan dalam aturan kehidupan tersendiri. Tercipta bersandarkan wangi bunga, ia menggabungkan pati  Lavender dari Perancis dengan emosi memukau dari Orange Blossom Maghribi, bersama-sama gabungan bunga unik dan dilengkapi dengan nota berani Musk Accord. Libre bererti bebas, haruman yang dicipta untuk wanita yang melakukan apa yang diinginkan dan berani menjadi diri sendiri. Hadir dengan kelalang dengan rekaan couture yang memaparkan topi asimetris hitam seperti pakaian couture yang seksi, rantai emas di leher yang membias keunggulan beg YSL yang ikonik, dilengkapi dengan  logo Yves Saint Laurent yang abadi.

 

Dua Lipa duta kecantikan YSL Beauté – Libre

Diangkat sebagai ikon millennial,  Dua Lipa adalah suara baru muzik pop. Sejak album sulungnya eponimnya pada 2017, Dua Lipa telah memecah rekod, menjadi artis wanita yang paling ramai pengikut di dunia. Auranya memukau, apabila telah melakar sejarah lantaran dicalonkan untuk lima kategori di Anugerah Brit 2018. Video untuk lagu ‘New Rules’ nya, lagu yang pemberdayaan wanita telah berjaya memperoleh lebih daripada satu bilion tontonan di YouTube, menjadikannya artis wanita termuda untuk mencapai sasaran ini. Dia adalah ikon fesyen dan kecantikan.

Libre Eau de Parfum boleh didapati di butik YSL Beauty Malaysia bermula tarikh 15 November 2019

90ml (RM550)
50ml (RM425)
30ml (RM305)
10ml (RM125)

Your email address will not be published. Required fields are marked *