The new Icon : Chanel 19

Fesyen

The new Icon : Chanel 19

1512

Dilihat pada pertama kali di pentas musim luruh/sejuk 2019, beg Chanel 19  dicipta oleh Karl Lagerfeld dan Virginie Viard, memberi penghormatan kepada signatur  beg 2.55, yang dibuat pada Februari 1955 oleh Mademoiselle Chanel. Intipati signaturnya mewah dalam kod gaya Chanel. Hadir dalam tiga saiz beg flap segi empat tepat ini dipenuhi dengan berlapis bersegi besar pada kulit atau pada tweed. Rantaian logam yang dijalin dengan kulit turut hadir dalam tiga kemasan, yakni perak, emas dan  ruthenium. Reputasi mewah dipaparkan menerusi signatur  kod  DNA Chanel  menerusi  pengikat double C, dalam format XL pada semua reka bentuk.

 

Emosi Chanel 19 indah dengan penegasan berestetika moden. Rantai panjang yang bisa diikat dengan dua gaya memudahkan pengayaan harian. Kod pengayaan tidak terhenti disitu apabila Chanel 19 juga didatangkan dalam versi yang boleh diikat pada pinggang. Praktikaliti adalah kunci gaya yang mewah, elegan dan bebas. Chanel 19 hadir dalam beberapa versi yang girang seperti hitam, putih, krim, biru, hijau, merah dan merah jambu. Manakala, material tweed hadir dalam lapa variasi untuk pandanan dengan siluet indah.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Your email address will not be published. Required fields are marked *